Tuesday, December 14, 2010

Kelapa Sawit & Unit Trust



Tentu anda akan bertanya, apakah kaitannya kelapa sawit dengan unit trust? Sebagaimana yang kita maklum,penanam atau pemilik kelapa sawit ketika ini menikmati habuan yang selama ini mereka usahakan. Ramai yang menjadi kaya raya ketika kenaikan harga sawit baru-baru ini. Bahkan ada yang menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Akan tetapi, sedarkah kita bahawa sebelum mengecapi hasilnya kini, banyak wang ringgit dan tenaga terpaksa dikorbankan?
Bukan sahaja tanah perlu dibersihkan,baja dan racun perlu juga dibeli. Ini belum dikira bibit sawit yang pada bila-bila masa boleh dicuri.Tiga tahun pertama amatlah kritikal. Di sinilah tahap kesabaran penanam atau peneroka teruji.Silap haribulan, boleh patah semangat jadinya.

Tahun ke tiga, hasil sudah mula kelihatan. Namun, buah yang diperolehi ketika ini agak kurang berkualiti. 'Buah monyet' dipanggil orang. Penanam atau peneroka kena membuat kerja lain terlebih dahulu. Ladang perlu terus dijaga.Baja harus terus ditabur. Rumput lalang kena terus diracun. Bayangkan jika harga sawit jatuh merudum pada waktu itu? Adakah anda sebagai penanam atau peneroka akan mencabut anak-anak sawit tersebut?Tentu tidak bukan?

Begitulah halnya apabila kita melabur ke dalam saham amanah. Ibarat kita bertanam kelapa sawit...kena ada kesabaran sebelum menikmati hasilnya.Apa yang kita perlu lakukan adalah terus menambah pelaburan. Selama mana kita melabur bergantung pada diri kita sendiri. Akan tetapi adalah lebih baik jika kita melabur untuk jangka panjang. Segala urusan biarlah kita serahkan kepada 'pengurus ladang' kita iaitu para pengurus dana yang profesional dan berkelayakan tinggi.Mereka lebih arif dalam bidang ini.Selamat 'berladang'.

p.s- Bulan lepas, seorang pemilik ladang dari Sandakan telah melabur ke dalam salah satu tabung saham amanah sebanyak RM10 juta. Ditanya kenapa dia melabur sebanyak itu? Katanya dia dapat melihat persamaan ketara antara menanam kelapa sawit dengan melabur saham amanah.Renung-renungkan..

Sunday, November 14, 2010

SBP hanya untuk orang miskin?

Kenyataan Timb PM bahawa mulai tahun depan SBP akan hanya mengambil pelajar cemerlang dari golongan miskin memang menepati sasaran asal penubuhan SBP. Bermakna matlamat asal sudah tersasar. Bagaimanapun dengan hanya mengambil pelajar dari golongan tertentu tidak akan dapat membantu dalam konteks sosial masyarakat Malaysia. Untuk jangkamasa panjang, ia tidak akan dapat membantu pelajar itu sendiri. Baik golongan miskin dan kaya perlu berganding bahu dalam membangunkan negara ini. Pelajar-pelajar dari kedua -dua golongan ini perlu berinteraksi dengan baik agar tidak wujud sifat sombong, dendam dan irihati antara mereka.
Negara kita sudah wujud terlalu banyak jurang sosial-Melayu, Cina ,India, Bumiputra Islam,bumiputra bukan Islam.Tak kan kita mahu melihat pelajar kita belajar mencipta jurang baru antara satu sama lain. Secara realiti , masyarakat Malaysia tidak semua yang miskin. Dan tidak semua yang kaya raya. Apabila mereka melangkah ke alam universiti kelak,mereka akan berdepan dengan pelbagai golongan dan kelas sosial. Maka akan timbullah kejutan budaya yang ketara.
Secara realiti,seseorang itu tidak akan diambil bekerja hanya kerana mereka miskin ataupun kaya. Mereka akan dinilai mengikut pencapaian akademik masing-masing. Baik pelajar miskin mahupun yang kaya.Di alam pekerjaan interaksi antara pelbagai kelas masyarakat tidak dapat dielakkan. Apabila mereka sudah biasa bergaul sejak peringkat sekolah lagi,hal ini 'kira kacanglah'.
Banyak yang pelajar miskin boleh pelajari dari pelajar yang kaya dan begitu juga sebaliknya.Janji pelajar-pelajar ini adalah pelajar cemerlang dalam pelajaran.Saya percaya secara tidak sedar mereka akan membentuk satu kontrak sosial yang dapat memberi kesan positif demi kecemerlangan diri masing-masing.
Diharapkan kerajaan dapat memberi peluang kepada semua -golongan miskin,pertengahan , kaya. Semua adalah rakyat Malaysia yang berhak didahulukan demi pencapaian yang kita utamakan.

Friday, November 12, 2010

40% orang miskin di Malaysia ada di Sabah

Kenyataan yang di buat oleh Emmanuel J, Pengarah Pembangunan Manusia Bank Dunia dalam suratkhabar tempatan semalam agak mengejutkan saya. 40 % orang yang miskin di Malaysia berada di Sabah.Ini bermakna hampir separuh bagi sebuah negara yang mempunyai 14 buah negeri.
Secara peribadi , agak sedih mendengarnya,kerana seperti yang kita maklum negeri Sabah diperintah oleh sebuah parti yang kuat.Dan ianya bukanlah sebuah parti pembangkang. Setelah bertahun-tahun memerintah, kemiskinan masih ditahap yang tinggi. Penyebab utama masalah ini masih berleluasa perlu dikupas. Adakah jentera kerajaan kurang berkesan? Mungkinkah mentaliti penduduk di Sabah agak lemah?
30 tahun lalu negeri Sabah adalah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia. Kina keadaan sudah berubah.Kerajaan dan rakyat negeri ini harus bangun dari mimpi yang mengasyikkan!!

Alangkah baiknya jika dikatakan 60% orang-orang kaya di Malaysia ada di Sabah!


Tuesday, August 10, 2010

Pemandu bas mini yang masalah..

Suratkhabar hari ini menceritakan seorang YB (alah..yang ada kes mahkamah syariah tu pasal kahwin 2 tu..) mahu pemandu yang memandu sebelah kanan dengan perlahan dikenakan tindakan. Ini kerana menurutnya, ia amat berbahaya.
Sebenarnya, kalau di KK ni, yang memberikan masalah dalam bab keselamatan jalanraya adalah sikap pemandu-pemandu bas mini. Bukannya pemandu-pemandu kereta persendirian. Seingat saya, tidak pernah pula dia membangkitkan perihal pemandu-pemandu bas ni di media massa.

Bas-bas mini di KK ni seringkali memandu di sebelah kanan dan akan secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri di hadapan kita dan terus ke bahu jalan,sama ada hendak mengambil penumpang atau sebaliknya. Bayangkan jika kita yang berada di situasi tersebut. selepas itu pula , tanpa memperdulikan kereta -kereta lain terus ke ke luar ke lorong kiri jalan. Sikap mereka ini sudah diketahui umum dan ramai yang menyumpah-nyumpah akan mereka. Patutpun sehingga kini susah kita nampak ada yang kaya raya kerana memandu bas. Paling koman pun hidup senang. Mungkin dek kerana sumpahan orang ramai.

Pada pemerhatian saya, yang memandu sebelah kanan adalah pemandu wanita ataupun mereka yang hendak membelok ke sebelah kanan. Memang memandu di sebelah kanan adalah salah..tapi nak buat macam mana..bukan mereka yang memandu perlahan tapi kereta di belakang yang terlalu laju. Susah -susah pergi ke kiri sajalah dan pandu terus.
Teringat saya satu ketika dulu,waktu malam ketika hendak pulang ke rumah. Oleh kerana simpang ke rumah saya tidak berapa jauh , saya 'remain' jak on the right lane'. di belakang saya ada sebuah kereta membontoti saya.Dia tidak juga mahu masuk ke lorong kiri. So, dia highlight..saya buat de aja.dia highlight lagi saya buat de aja..Malah saya perlahankan kenderaan agar dia masuk ke lorong kiri dan memotong saya. Tapi dia masih membontoti saya lagi..
Simpang ke rumah sudah tidak jauh..Tiba-tiba dia menyalakan lampu siren..Nak buat macam mana? Tak kanlah saya pergi ke kiri just because nak bagi dia laluan..bukan? So, saya buat de aja terus..100 meter dari simpang, saya nyalakan lampu isyarat dan terus masuk simpang.Dia sempat mengehon saya. Feel guilty lah tu agaknya..

Saturday, July 31, 2010

Stand by me..


Minggu ni saya ingin berkongsi sebuah lagu yang cukup evergreen dengan lirik yang cukup dalam maksudnya...Lagu Stand by Me,yang mana lagu ini hasil nukilan John Lennon. Siapa yang tidak kenal dengan beliau? He is one of the Beatles member,right..

Video clip dari Youtube ni cukup menarik dan saya tidak bosan-bosan mendengar alunan suara Jon Bon Jovi dengan penyanyi dari Iran, Andy Madadian,

Kalau menurut yang tukang upload video ni, Jon Bon Jovi dengan Andy merakamkan lagu ni pada June 24 lalu di LA Recording studio. Cuma rangkap pertama lagu tu, saya tidak berapa faham..bahasa Iran agaknya..any way,enjoy the song..


Monday, July 12, 2010

Berakhirnya satu pesta..


Tsamina mina eh eh waka waka africa...


Pagi tadi,dunia menyaksikan pemenang baru Piala Dunia 2010, Sepanyol.

Kemenangan 1-0 ke atas Belanda memberi kenangan manis untuk warga Sepanyol.Muchas Gracias! Belanda sekadar menduduki tempat ke 2 ,yang nyata begitu menyakitkan.Apa tidaknya ini adalah kali ke 3 Belanda menyandang 'trofi' pelakon pembantu terbaik. Bagi team lain tempat ke 2 sudah dikira cukup bagus.

Kita akan bertemu lagi pada 2014 di Brazil..itupun kalau dipanjangkan umur. Kalau di South Africa kita mengenal waka waka! dan vuvuzela , di Brazil entah apa pula hidangannya.Pastinya Brazil terkenal dengan penyokong-penyokong wanitanya yang kadangkala agak 'terlampau'. Menyaksikan penyokong-penyokong wanitanya bagaikan menonton aksi 'tigershow'.Panas!Panas!Panas!


Bagaimanapun..Cheerio to Spain...Ole!Ole!...Kini Spain perlu memastikan badi yang terkena ke atas France dan Italy tidak menjangkiti team mereka bak penyakit H1N1.Piala Dunia 2010 menyaksikan France dan Italy bungkus kain baju pulang pada pusingan awal. Team England jangan ceritalah!!!


Sebuah website ,www.beautifulpeople.com ,telah mengadakan kaji selidik siapakah pemain-pemain yang paling 'ensom boy' di kalangan mereka pada musim ni. Keputusan yang kadangkala boleh dipertikaikan tetapi yang mengundi adalah seramai 200,000 orang,so..nak buat macam mana..


Pemain paling Ensom Piala Dunia 2010

(ikut tahap keensoman)


1-Fabio Cannavaro (Italy)

2-F. Torres (Spain)

3-David Villa (Spain)

4-LAndon Donovan (USA)

5-Thierry Henry (France)

6-Edinson Cavani (Uruguay)

7- Kaka (Brazil)

8-C. Ronaldo (Portugal)

9-Didier Drogba (Ivory Coast)

10-Keisuke Honda (Japan)

11-David James (England)


Dan berikut senarai yang 'tidak ensom';


1-Wayne Rooney (England)

2-F. Ribery (France)

3-C. Tevez (Argentina)

4-Vladimir Stojkovic (Serbia)

5-Benjamin Huggel (Switzerland)

6-Zdenko Strba (Slovakia)

7-Rafik saifi (Algeria)

8- Scott Chipperfield (Australia)

9-John Terry (England)

10-Ryan Nelson (New Zealand)

11-Daniel Agger (Denmark)



Adios..!!


Tuesday, July 6, 2010

Setelah 10 tahun..


Hujung minggu ni, jam 5.17 ptg ,10.07.2010 maka berlarilah aku setelah hampir 10 tahun tidak menyertai apa-apa acara larian. Nak kata retire tidak jugak..Entah kenapa macam malas untuk turut serta tapi harus digagahkan jua,demi memenuhi kehendak penaja aka majikan(tukang bayar yuran penyertaan)


Oh ya..Acara larian yang dimaksudkan adalah 7K Run anjuran Sutera Harbour Resort. T shirt larian sudah ada dalam tangan ,saiz XL tapi 'bodyfitted'.Masalahnya badan yang tidak fit. Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk event ni..cukup sekadar -5 km, kira satu personal best jugalah tu..


Konon petang ni,nak training di Likas Lake,tapi hujan yang turun hampir setiap petang di KK City membantutkan perancangan.Macam pro pulak bunyinya kan..


7k Run kali ini adalah untuk membantu pesakit-pesakit thalassaemia dan team 'Special Olympics', so, kira larian yang ada tujuanlah ertinya. Larian yang bermula pada tahun 2000 ini, adalah edisi yang ke 10.

Apa yang penting,acara cabutan tiket bertuah selepas larian,harap-harap bertuahlah kali ni..


Anywhere,hope everything will be fine that day..

Wednesday, April 21, 2010

Blogging for dummies 4

Pagi tadi saya ada menulis dengan tajuk 'Jangan buang masa saya-Penganjur Bengkel Penulisan Blog'. al Malangnya bila saya published ke Gengblogger.com, butang ping tidak ada ditempatnya.Agaknya dia cuti sakit kah atau apa tak tau pulak saya.
So,tergantunglah entri saya itu sejak pagi tadi. Tiap kali saya buka gengblogger.com, akan kelihatan notis..'Anda mempunyai entri baru untuk di ping'. Tapi,nak ping camana??Jadi,kalau sesiapa yang ingin membaca entri saya pagi tadi,silalah masuk ke blog saya tu.

Jangan Buang Masa Saya-Penganjur Bengkel Penulisan Blog

"Jangan buang masa,saya ada banyak kerja lain....!!!"itulah jawapan yang saya dapat ketika cuba menghubungi si Sulaiman. Siapa tu?

Minggu lalu saya menerima flyer dari seorang kawan. Pada flyer tersebut tertulis 'Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM) Caw Negeri Sabah dan WP Labuan akan menganjurkan Bengkel Penulisan Blog pada 24 April di KK.
Majlis ini akan dirasmikan oleh KM Sabah. Dan jika berminat boleh menghubungi En. Sulaiman pada nombor yang tertera.
Mengingatkan tidak ada kesibukkan lain pada hujung minggu ini,why not,bagus juga cari ilmu sikit.Lalu saya pun menghubungi nombor yang diberikan semalam.

"Assalamualaikum"saya membuka bicara.

"Walaikumsalam" Si Sulaiman menjawab.

"Saya ni ingin bertanya tentang bengkel..."

"Encik,kalau encik ingin mendaftar, bagi nama,no IC dan no telefon..,"jawabnya memotong cakap saya. 'Dan pada hari Jumaat ini satu pendaftaran lagi akan di buat di Dewan Masyarakat dari jam 2 ptg hingga 8 malam."sambungnya lagi.

"Tapi..tapi...",

"Dengar dulu!Jangan buang masa saya!Saya ada banyak kerja ni,kami menerima 1,000 penyertaan, so siapa yang daftar dulu pada hari tu akan dapat ikut,.....akan dirasmi oleh Ketua Menteri ni..!!" katanya lagi dengan suara yang terketar ketar.

"Okay ...ya okay..."sambung si Sulaiman ni lagi lalu terus meletakkan handphonenya tanpa menunggu bicara saya.

Saya termangu.Blank.Makhluk macam ni pun ada rupanya.
Kalau tidak suka melayan public kenapa bubuh nama dan telefon awak tu kat flyer at the first place.

Kenapa perlu menyusahkan orang untuk mendaftar 2 kali?.Cukup sekali mendaftarkan good enough.Nampak gaya event ni tidak terurus dengan baik.

Sikap si Sulaiman ni hanya memburukkan nama organisasi yang diwakilinya. Buat malu KM sahaja merasmikan bengkel ini. Hairan juga bengkel macam ni pun nak minta KM rasmikan.Tidak tahulah pulak kalau ada udang di sebalik rojak.

So you think yang engkau tu more busy than KM lah. Nevermindlah,kalau tidak ikut bengkel pun tiada masalah,I still can do my blogging.Tak teringinlah saya berbengkel dengan manusia yang macam tu.

Nota:So,siapa -siapa yang join bengkel ni nanti,send my regards to Sulaiman.


Tuesday, April 20, 2010

Sakit selepas memakan kulat



Empat orang termasuk 3 kanak -kanak mengadu sakit selepas memakan kulat yang tumbuh pada pokok getah.


Kejadian ini berlaku di Kg Bunsut,Telipok sekitar 20km dari bandar KK.

Cendawan atau kulat yang dikutip seberat 1/2 kilo itu dikutip untuk buat lauk 'dinner'.


Malangnya ,selepas makan malam mereka mengadu pening. Kini mereka tersadai di hospital untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.


Ingatan untuk semua ,agar berhati-hati dengan kulat yang tumbuh merata-rata semasa musim hujan ini.


Tidak semua kulat atau cendawan yang sesuai dimakan kerana mengandungi racun yang berbahaya.

Tuesday, March 30, 2010

'Bilionaire' larang pekerja makan daging


Pasangan bilionaire kelahiran India yang bermastautin di Perth , Australia telah menimbulkan kekecohan di sana apabila melarang pekerja-pekerja binaan yang sedang membuat mega-mansion mereka daripada memakan daging.

Mansion yang sedang dalam pembinaan tersebut memang besar dan kosnya menelan belanja A$70 juta. Apabila siap ia akan menjadi rumah terbesar di Australia.

Larangan memakan daging itu telah menimbulkan kemarahan kesatuan sekerja dan dianggap sebagai 'absolutely wrong'. Kata mereka 'Kami menghormati hak orang lain mengamalkan ajaran agama mereka, tapi kami tidak bersetuju jika ia dipaksa ke atas orang lain.'

Pasangan vegetarian tersebut, Pankaj Oswal dan isterinya Radhika ,menganggap mereka berhak mengenakan larangan tersebut dengan alasan 'Ini rumah kami'.

Sebenarnya pasangan ini bukan melarang mereka dari memakan daging tetapi hanya melarang mereka daripada memakannya di mana-mana mereka suka. Satu 'bangsal' telahpun disediakan untuk mereka memakan daging atau apapun yang mereka suka.Tetapi ada yang degil dan tunjuk lagak, makan di mana-mana tempat tanpa menghormati sensitiviti orang lain. Mungkin mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka kini menjadi kuli kepada orang Asia.

Monday, March 22, 2010

Berapa engkau jual Beras Nasional tu..RM20!!!???


Malam tadi bila tiba di rumah sekitar jam 7.30 malam,saya disambut 'mesra' oleh isteri. 'Mana Milo..? Mana roti..???' Aduh! terlupa pulak membeli apa yang dipesannya. Tak apa..lepas dinner saya pergi beli..pujuk saya dengan senyuman 'bodoh'.


Sekitar jam 8.00 malam, saya pun terus memandu ke arah kawasan rumah pangsa Taman Telipok Ria,lebih kurang 1 kilometer dari rumah. Ahhh..ada dua buah kedai yang masih buka,yang sebuah lagi sudahpun ditutup.Di depan kedai yang gelap tu berdiri seorang apek dengan jualan rotinya. Tapi ,sorry pek,hari ni saya masuk kedai beli rotilah.


Ketika hendak membayar harga roti dan Milo,masuk seorang wanita Dusun. 'Berapa harga Beras Nasional ni?'tanyanya kepada cashier warga Pakistan tu. 'RM20',jawabnya selamba.

'Apa? RM20??', sampuk saya kepadanya. ''Engkau jangan main-main,bukan RM18 kah?' Cashier tu diam sahaja..berjerebu fikirannya barangkali bila saya menerjah. Wanita Dusun itu memandang saya mengharapkan pembelaan. Selepas mendapat baki, sayapun beredar mengingatkan anak-anak yang sedang menunggu di dalam kereta.

Dalam perjalanan pulang, saya teringat-ingat tentang Beras Nasional tu. Kali terakhir saya membelinya ialah setahun yang lepas. Bukan senang nak dapat ni.Saya pun berpatah balik. Kalau betul dia menjual pada harga RM20.00 saya akan minta resit dan buat aduan.

Dalam jarak 20 meter dari kedai tu, saya terserempak dengan wanita Dusun tadi tu.

'Berapa dia charge?'

'RM19', jawabnya dengan muka yang moyok.

Kurang asam! Berani dia jual lebih dari harga yang sepatutnya!

Masuk ke dalam kedai, saya pun berkata 'Berapa harga beras tu?' sambil menunjuk ke arah Beras Nasional berkampit biru yang tinggal dua sahaja lagi. Cashier tu hanya tunduk diam. Saya tanya lagi.

'Berapa harga beras tu???'.

'Tanya bos',jawabnya serba salah.

Tiba-tiba muncul seorang dari kedai sebelah,warga Pakistan juga dalam lingkungan awal 20an.

'RM18.00 lah bos, tu ada harga ditulis,'

'RM18? Tadi dia cakap RM20.00.',

'Tidak, dia salah tu...dia tidak tau apa..itu RM20.00 untuk harga beras yang lagi satu..,'

'Habis ,kenapa dia cakap Beras Nasional ni RM20 pada perempuan tadi tu?',tanya saya lagi

'RM18.00 lah bos..', jawabnya pendek untuk menamatkan isu.

'ok..saya ingat bagus engkau tukar cashier dengan pekerja engkau ni..', ujar saya sambil menunjuk ke arah seorang pekerjanya yang bawah umur.

'Tak bolehlah bos,ini kena handle cash,'

'Habis,engkau cakap cashier engkau ni tidak tahu apa-apa,might as well budak tu yang jadi cashier..,' tersengih pekerjanya yang dibawah umur tu mendengar jawapan saya.

Setelah membayar harga beras,saya pun berlalu pergi, sempat jugak bosnya berterima kasih sambil menepuk lengan saya. Ohh, playing buddy-buddy with me ya!! Harap ini dapat memberikan pengajaran kepada mereka. Jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga lebih-lebih lagi 'controlled items'.

Nota: Kedai ini terletak di dalam kawasan rumah pangsa Taman Telipok Ria. Kawasan perumahan PPR yang diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan. Untuk mendapat tempat tinggal di sini bukan senang ,kena 'apply dari mereka. Hingga hari ini ,saya musykil bagaimana warga asing boleh berniaga di sini sudah lebih setahun.Takkan pihak berkuasa tempatan mengutamakan warga asing berbanding warga tempatan.






Thursday, March 11, 2010

Perihal junk food


Junk food,apa itu junk food? ikut kata wikepedia,junk food atau fast food adalah gelaran tidak rasmi bagi sesetengah makanan yang dikira kurang nilai khasiat atau tidak ada langsung. Gelaran ini juga merujuk kepada produk yang berkhasiat tetapi dalam masa yang sama mengandungi ingredients yang tidak sihat bila diambil secara kerap atau memang tidak sihat jika dimakan.

So, soldiers, kalau memakan fast food tu, ingat-ingatlah kandungan kalori,garam,gula sebagainya yang ada dalam sebiji burger, french fries,nuggets dan macam -macam lagilah yang ada dijual dikedai fast food. Apatah lagi harganya yang mahal dan tidak berpatutan. Kalau dikira fastfood atau junk food ini,kira nothing jika ditolak hiasan kedai yang fancy dan iklan yang kadang kadang saya tengok sedikit over untuk setakat mamasarkan burger dan rakan-rakan.

Harga yang kita bayar selama ni sebenarnya ialah lifestyle. Makan di kedai fast food dianggap satu symbol of status bagi sesetengah masyarakat.


Menyentuh tentang pengiklanan, seingat saya pada Disember 2009 yang lalu, pihak Kementerian Kesihatan bercadang untuk mengawal pemasaran dan pengiklanan fast food ni.

Bagaimana caranya saya pun kurang pasti. Kalau kita lihat iklan di tv apa persepsi yang kita dapat perhatikan? Seringkali iklan di tv memaparkan suasana riang ria,gelak ketawa sambil menjamah burger.Tidak kira muda atau yang tua kerepot nampak sihat dan gagah ketika berkumpul bersama sama di kedai fast food. Berkumpul bersama-sama seisi keluarga konon.Macamlah tidak ada tempat lain untuk buat gathering.

Model yang digunakan semuanya kurus-kurus tidak ada pun yang kita nampak gemuk gedempol termengah -mengah menuju ke kaunter memesan burger. Itu adalah gambaran yang kita lihat dan itu adalah apa yang kita beli sebenarnya. lifestyle.

Pernahkah anda terfikir kenapa tauke-tauke fast food ini membuat iklan sedemikian rupa? Kalau tunjuk gambar burger sahaja dengan mayonisnya meleleh-lelah, tak bolehkah? Bukan tak boleh, kurang berkesan dan tak menarik hati rasanya.


Jadi, jika pihak Kementerian Kesihatan ingin mengawal pemasaran dan pengiklanan makanan fast food ini, begini caranya;

1. Iklan mestilah menunjukkan orang makan burger sorang-sorang je.

2. Muka mesti sedih-sedih tidak boleh ketawa-ketawa sambil mengunyah burger.Masuk kedai mesti muka masam.

3. Model atau pelakon yang digunakan mestilah yang gemuk-gemuk.No slim-slim punya actor/actress.

4.Kedai fast food kena tampal di pintu depan 'Eat At Your Own Risk'.

5. Gambar burger kena tunjuk lemaknya meleleh -leleh, minyaknya berkilau-kilau.

6. Jangan bagi hadiah kecil-kecil tu yang kanak -kanak besar umur 15-25 tahun pun suka. Yang perempuan selalunya..he..he..


Pada hemat saya,yang tak seberapa hemat ni, langkah ini dapat mengawal pengambilan fast food dikalangan rakyat Malaysia. Percayalah...

Wednesday, March 10, 2010

Tuesday, March 9, 2010

Orang Asia paling best tidur

Mengikut satu kajian tentang tidur di washington DC mendapati orang Asia adalah yang paling pandai tidur. Soldiers, kita pandai tidur rupanya.ha..ha..ha...Golongan kulit hitam di AS berdoa sebelum tidur, manakala yang berkulit putih tidur dengan pets mereka...Aiya soldiers, tidur dengan pet memanglah boring. Kajian yang dibuat oleh National Sleep Foundation menunjukkan tabiat tidur berbeza antara etnik.

Orang kulit hitam dikatakan paling sibuk sebelum tidur -entah apalah yang diorang buat sebelum tidur ni. 18% orang Asia pulak berdoa sebelum tidur.Yang saya tahu ,orang kita sebelum tidur pekena Maggi dulu..he..he Patutpun tidur 'sedap'..hati senang dan lapang.

Tapi soal seks orang asia kalah. 1 dalam 10 orang kulit hitam dan hispanik mengadakan hubungan seks setiap malam.setiap malam??!! apa kita punya Tongkat Ali kurang powerkah?
-yang mana aktiviti ini 10 kali lebih dilakukan berbanding orang Asia dan kulit putih Amerika.

Nasib baik diaorang tak cakap yang kita tertidur masa mengadakan hubungan seks.pheww!
Tapi ndak apalah, yang penting kita juara tidur!!!

Soldiers!Jom tiduuuurrr!!!Mari pertahankan kemenangan kita!

Kayu 'jantung' manis


Dikatakan bahawa serangan penyakit jantung semakin meningkat di seluruh dunia dari setahun ke setahun. Adalah menjadi satu fakta bahawa penyakit jantung lebih banyak menyerang wanita berbanding penyakit kanser. Tekanan hidup, beban kerja yang bertambah, pencemaran alam,kurang bersenam dan tabiat pemakanan yang 'mewah' memungkinkan serangan ini berlaku.

Bagi mengurangkan risiko serangan jantung ,kayu manis(cinnamon) adalah salah satu alternative bagi mengurangkan risiko tersebut. Ianya boleh di ambil dalam bentuk serbuk atau dalam bentuknya yang asal. Campurkan ia di dalam masakan seperti ayam atau daging dan boleh dibuat minuman dengan dimasukkan ke dalam air panas lalu diminum seperti kita meminum teh atau kopi. Di Pakistan , kayu manis adalah salah satu campuran utama bila membuat teh.


Kayu manis dapat mengurangkan kadar kolesterol di dalam arteri dan juga boleh merendahkan paras gula di dalam badan. Penggunaan kayu manis secara teratur dan kerap dapat membantu meringankan sesak nafas dan memperkuat jantung.
Di Amerika dan Kanada, kayu manis sering diberikan kepada golongan tua untuk mengelakkan arteri tersumbat.Ini kerana dengan peningkatan usia seseorang itu, arteri dan pembuluh darah kehilangan fleksibiliti dan mulai tersumbat, tapi kayu manis mampu memperbaiki arteri dan pembuluh darah.

Untuk hasil yang lebih berkesan, disarankan ditambah madu bersama-sama kayu manis.

Sayangi jantung anda.

Saturday, March 6, 2010

chocoholic ♥: ok,aku biseksual..so what?!!#links#links#links

chocoholic ♥: ok,aku biseksual..so what?!!#links#links#links

Mabukkah adikku ini??Atau dia sudah terkena ubat guna-guna..dia bercakap yang bukan-bukan..tolong!!!

Sabda Nabi 2

Daripada Ibnu Mas'ud r.a berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda;

"Tidak halal darah seorang Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah kecuali disebabkan 3 perkara : (1) Janda yang berzina (2) jiwa dengan jiwa dan (3) orang yang meninggalkan agamanya yang memisahlan diri daripada jemaah."

Seseorang yang telah bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah bererti telah berikrar akan kewujudan dan keesaan Allah dan membenarkan kenabian Rasulullah s.a.w sebagai penutup para nabi dan risalahnya diiktiraf.
Dengan ikrar ini bermakna dia telah menjaga dan memelihara darah dan jiwa kehidupannya. Tidak ada sesiapapun hatta dirinya sendiri boleh menumpahkan darah atau membunuhnya.

Deklarasi ini kekal ,tidak boleh dirampas atau dihilangkan kecuali apabila dia melakukan salah satu 'jenayah' berikut:

1 Membunuh dengan sengaja tanpa hak
2 Berzina setelah berkahwin
3 Murtad

Cakap 'Siang' pandang-pandang!!

Terkejut saya bila mendengar kata-kata seorang pemimpin pembangkang yang datang ke KK baru-baru ni.Konon hendak menyambut Tahun Baru Cina tapi sempat juga dia menyuntik 'racun' politiknya di sini.
Apa katanya tu? Orang Kadazan-Dusun-Murut-(KDM) adalah 'the biggest loser' di negeri ini. Excuse me!! Cakap baik-baik sikit ya,macamlah kau tu expert sangat tentang kehidupan kami di sini! Berapa lama engkau tinggal di negeri ni hingga begitu 'arif' hal ehwal di sini?

Bagaimana jika ada pemimpin dari sebelah sini datang ke Pulau Pinang dan cakap yang orang Melayu ketika ini adalah 'the biggest loser'?Do you like it?Saya ni bukan dari suku KDM,tapi sebagai warga negeri ini ingin menjelaskan bahawa semua suku kaum di sini mendapat bahagian yang sama rata dalam semua aspek pembangunan. Malah,ibu kepada Ketua Menteri Sabah juga berketurunan dusun.
So, kalau datang ke tempat orang tu,adab sopan kena jaga.Jangan cakap yang bukan-bukan. Mulut jangan celupar. Saya ni sebenarnya malas bercakap pasal politik. Tapi mengingatkan perangai dia ni yang keterlaluan eiii..bikin panas!

Tuesday, March 2, 2010

Liwat & Pendidikan sekX 2

Membaca surat khabar pagi ni,3 buah artikel merik perhatian saya.
Tentang 'survey' yang dijalankan dikalangan wanita Malaysia, perihal 2 orang gadis di Terengganu dan ragam manusia terlanjur di Sydney Opera House.

The Kotex Bodylife IQ telah menjalankan survey dikalangan 1,800 wanita berumur antara 16 hingga 24 tahun di Malaysia. Apakah hasilnya? Hanya 3% yang tahu atau mampu menjawab soalan-soalan tentang tubuh badan mereka,87% tidak dapat membezakan antara fakta & mitos tentang kewanitaan.56% pula percaya mengadakan hubungan seks semasa menstruasi tidak boleh menyebabkan kehamilan.

Kesimpulannya, kata jurucakap survey,meskipun wanita Malaysia kelihatan sofistikated dan berpelajaran tinggi ,yang dibandarlah agaknya, pengetahuan asas tentang kewanitaan tidak diambil penekanan(ignorant-kata orang putih)

Kenapa hal ini berlaku? survey itu mengenal pasti 3 kunci utama iaitu kurang pendidikan, halangan adat dan salah maklumat.Ketiga-tiga faktor ini telah menyebabkan jurang yang cukup besar dalam soal pengetahuan hal-hal yang berkenaan.

Di Terengganu pula,2 orang gadis mengaku mempunyai 20 orang 'partners' dan juga terlibat dalam 'drug abuse' dan merokok. Ketika cuba ditahan,dua gadis ini memang 'berani gila'. Mereka cuba merempuh 'roadblock' dengan memecut laju motorsikal mereka. Ada komen?
Gadis berusia antara 15 dan 16 tahun ini adalah 'dropouts' dan ketika ditahan mereka sedang menunggang motorsikal dengan 4 lagi lelaki lain yang berusia 19 hingga 23 tahun.

Ambil gambar ramai-ramai. Bogel!!. Itulah yang dilakukan oleh lebih 5,000 orang (orangkah ni?) lelaki dan wanita di pagi yang dingin di hadapan Sydney Opera House. Kalau lembu tengok, pasti diaorang geleng kepala. Acara yang terlanjur ini dilakukan bersempena acara Gay And Lesbian Mardi Gras Parade di Sydney Australia. Ianya dinobatkan sebagai pesta & perarakan golongan 'jahiliah' yang terbesar di dunia. Kononnya ini adalah melambangkan kebebasan dan persamaan hak yang cuba disampaikan kepada dunia.

Dapat kita ambil iktibar di sini betapa pendidikan seks yang berlandaskan agama begitu 'crucial' dalam menangani isu-isu sebegini.Pendidikan seks bukan bermakna untuk menggalakkan hubungan seks tapi ianya sebagai satu langkah agar anak-anak kita tahu batas-batasnya dalam hubungan sesama manusia.To draw the line.Mungkin ramai dikalangan lkta sudah keliru dengan batas dan sempadan tersebut kerana ianya berbeza antara batas di negara-negara barat dan dunia sebelah sini. Oleh itu,langkah proaktif perlu diambil segera dalam meng'kakii' hal ini.

Friday, February 26, 2010

5 sebab kenapa anda harus terus merokok

Hah, sebenarnyalah saya ni tidak merokok..dulu adalah masa mula-mula kerja tapi fikir punya fikir berbaloi lagi kalau berhenti;
Macamanapun bagi yang masih merokok teruskanlah,no problem punya;

5 sebab kenapa anda harus terus merokok

  • Ianya dapat memberi anda rasa 'feel good' yang tak terhingga.Kalau 'tension' puff lagi sebatang.Maka amanlah dunia....
  • Adalah lebih baik anda membeli rokok daripada membeli vcd cetak rompak.kan?
  • Merokok ini cool what? Nampak macho gitu.
  • Bila anda merokok, anda telah menolong mencegah merebaknya demam denggi.Nyamuk -nyamuk tidak akan berani mendekati anda.
  • Pendapat kerajaan juga akan bertambah hasil sumbangan anda yang budiman.

"Dunia umpama neraka hidup ibarat layang-layang"


Sabda Nabi

Salam buat semua...Hari ini adalah hari yang besar buat kita umat Islam.
Maulidurasul disambut di seluruh negara bermula petang semalam.Bacaan yassin & tahlil memenuhi ruang setiap pelusuk masjid dan surau.Selepas solat Isyak kenduri kecil diadakan. Berbagai juadah dapat kita lihat dan rasa,hasil sedekah para jemaah.

Hari ini , acara perarakan dapat kita sertai bersama. Tidak kira tua atau muda,pangkat dan darjat, semua bersama-sama menghayati gari yang mulia ini.

Kebetulan hari ini hari Jumaat, Alhamdulillah saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Sabah. Di ruang utama sesak dengan para jemaah.Maklumlah , ada 'aircon'kan ditambah dengan cuaca yang panas, biarlah berhimpit-himpit.Sabar jak lah...cubaan..
Solat jumaat hari ini tidak seperti biasa. Khutbah disampaikan oleh ustaz yang tidak asing lagi,Ustaz Farid Ravi.Aiseyman,saya cuba mengambil gambar tapi terlalu jauh.
Dia bercerita tentang Abu Yazid Al Bistami yang berdialog dengan Nasrani di gereja mereka. Cukup menarik khutbahnya.

Sempena Maulidurasul hari ini, izinkan saya berkongsi sebuah hadis :
"Daripada Abu Hurairah ra,beliau berkata:"Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Setiap sendi manusia wajib bersedekah pada setiap hari,kamu berlaku adil terhadap dua orang berkelahi adalah sedekah,kamu menolong lelaki pada tunggangannya iaitu dengan menolongnya menaiki tunggangannya atau kamu menolong mengangkat barang-barangnya ke atas tunggangannya adalah sedekah,setiap kalimah yang baik adalah sedekah,setiap langkah kamu berjalan untuk bersolat adalah sedekah dan kamu membuang sesuatu yang menyakiti di jalan juga adalah sedekah."(Riwayat Bukhari & Muslim)

Cantik bukan,indahnya Islam, betapa kita tidak memerlukan wang ringgit untuk bersedekah.
Melakukan perkara-perkara di atas sudah dikira sedekah apatah lagi lebih daripada itu.Marilah kita renungkan bersama hadis tersebut dan dapat mengambil iktibar daripadanya.Semoga kita tidak berlaku zalim ke atas dua orang yang berkelahi, menolong orang menaiki kereta ataupun bas,,menolong mangangkat barang-barang orang lain,bercakap yang baik-baik , rajin bersolat di masjid dan jangan membuang sampah sembarangan;terutama yang tinggal di flat.wasalam.

Wednesday, February 24, 2010

Pisang goreng berinti plastik!!!



Sering kita dengar cerita-cerita mengatakan para peniaga pisang goreng mencampurkan potongan-potongan straw ke dalam minyak untuk menggoreng pisang.
Ianya bertujuan untuk merangupkan pisang goreng untuk jangka yang lama. Namun, kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan hinggalah pada Isnin lepas.
Seorang pengetua sebuah kolej swasta di Kota Kinabalu telah tergigit sesuatu ketika sedang menikmati hidangan pisang goreng yamg dibelinya di sebuah food court berhampiran. Alangkah terkejutnya dia bila mendapati apa yang digigitnya tadi adalah cebisan straw yang separuh lebur.
Tanpa berlengah lagi ,dia terus membawa 'bukti besar' tersebut ke sebuah syarikat surat khabar tempatan.
Petang semalam kira-kira jam 3,pihak berkuasa telah mengambil sampel minyak dan makanan dari premis itu.Bagaimanapun,tindakan ini boleh dikira agak lambat kerana berita ini sudah pun diketahui pada awal pagi.Boleh jadi peniaga terbabit telah membuang semua 'bahan bukti' yang ada.
So, kepada semua 'soldiers' yang berniaga pisang goreng atau apa-apapun janganlah menganiaya pelanggan anda.ok!!

Saturday, February 20, 2010

8 hari hidup dengan hanya biskut & air hujan


Bayangkan anda terpaksa hidup dengan hanya memakan biskut dan air hujan selama 8 hari.Begitulah yang terjadi ke atas 11 orang 'soldiers' ni.Mereka adalah krew sebuah tugboat bernama TB Asta dari Singapura.
Dalam perjalanan ke Kemboja untuk mengambil pasir,mereka telah diserang lanun 3 batu nautika dari Pulau Tioman pada 6 Februari lepas.
Lanun-lanun seramai 7 orang itu yang bersenjatakan parang dan rifles telah mengambil jam,handphone,laptop dan sebagainya.Mujur biskut mereka tidak diambil!!!!
"Kami terpaksa potong biskut tu kecil-kecil lalu dimakan sedikit-sedikit...bila bekalan air habis,kami berdoa agar hujan lebat turun,tidak lama kemudian hujan pun turun...,"jelas kapten kapal,Hardin Usaman.

Akhirnya,setelah beberapa hari hanyut di laut lepas mereka dapat diselamatkan berhampiran Pulau Layang-Layang.Dapat dibayangkan kelegaan diwajah 'soldier-soldier' ni,apa tidaknya,breakfast biskut,lunch biskut,dinner pun biskut.
Ada yang trauma lepas ni bila dengar perkataan biskut.Jangan ada yang cuba-cuba menghidang biskut kepada mereka selepas ini...pantang!!

Sunday, February 14, 2010

Sederhana Tapi Meriah

Hi, just get back from kampung,ada kenduri kahwin.
Cuaca agak panas.Bahangnya amat terasa ketika memandu petang tadi.
Malam tadi KK agak meriah dengan dentuman mercun dan bunga api.
Berita tv memaparkan kemeriahan sambutan Tahun Harimau.Hei!I was born in the year of the tiger. Kalau kita lihat berita , skrip yang sama saban tahun tidak kira perayaan apa.Baik Aidilfitri, Deepavali mahupun Tahun Baru Cina. "Disambut Sederhana Tapi Meriah". Yang pasti apa perayaan pun tetap ada korbannya di jalan raya.

Friday, February 12, 2010

Blogging For Dummies 3

Hari ni aku mau cerita pasal kawan aku ni..dia dengar aku bikin blog,
dia pun nak jugak,so merayu-rayulah dia minta tolong aku 'create'kan blognya. Mula-mula tu aku jual mahallah konon..setelah dia merengek-rengek akhirnya aku kalah jua..lemahnya aku..

So,untuk dibuat cerita menolonglah aku ni..cewah!macamlah aku 'champin'..'this is the case of dumb and dumber'.."first u kena register dalam blogspot..",arahan pertama aku beri..
'...ok,now register pulak dengan gengblogger.."dia terus menurut perintah tanpa banyak soal.
Akhirnya dia berjaya juga dia menjadi blogger..kembang terus hidungnya yang tak seberapa mancung itu.

"so, lepas tu mau cerita apa?"soalnya pulak. "Pandai-pandailah mengarang,"jawabku pendek.
Fikir-fikir punya fikir akhirnya dia bercerita tentang latest movie 'Avatar'.Katanya membosankan.

"Semalam aku pergi tengok Avatar. Balik -balik wife aku ajak..Katanya ada kawan yang menonton sampai dua tiga kali.Dalam hati aku fikir mesti movie ni siok,,kalau 'boring' takkan orang menonton berulang-ulang..

Balik dari outstation,sampai saja di depan rumah 'Avatar'lah dimulutnya..
Jam 7malam dapur sudah berasap ,pasal nak tengok Avatar.Kalau tidak alamat jam 8 atau 9lah dapur tu beroperasi...."

Begitulah mukadimah blog kawan tu,..senyum jugak aku dibuatnya.."kenapa tak minat Avatar?"tanyaku.

"Aku tak suka tengok filem di mana manusia bercampur kartun..and then muka lain macam jak,"

Oh, I see...macam tu ceritanya.."ok , kalau gitu..tekan publish post.."
"ok,done", dia terus menekan si tikus.

Jangan lupa 'ping blog saya' dalam gengblogger, saya mengingatkannya..

Selang beberapa ketika..."eh kenapa tiada 'ping blog saya'..?"

Ahh!saya pun tak tahu...he..he...

Wednesday, February 10, 2010

Abang menyaksikan adiknya dibaham buaya


Bayangkan jika anda menyaksikan adik anda dibaham buaya dengan rakusnya. Begitulah yang terjadi di Sao Paolo ,Brazil. Gigliane do Nascimento Bira ,11, mati dibaham buaya sepanjang 5 meter ketika sedang berenang bersama rakan-rakan di sebatang sungai ahad lalu. Perkelahan yang disangkakan indah bertukar menjadi tragedi.

Abangnya hanya mampu menjerit melihat adiknya yang baru mengenal dunia diheret oleh reptilia ganas yang seberat 350kg itu. Pihak pencari dan penyelamat Brazil dengan kelengkapan senjata terpaksa mengambil masa 7 jam untuk menjejaki buaya yang licik tersebut. Semasa buaya itu mati ditembak ,mayat mangsa masih berada di dalam mulut haiwan tersebut.Huh,ngeri aku!!!!
p.s: teringat aku buaya yang ditangkap di Kota Belud baru-baru ni yang tiba-tiba muncul selepas banjir.

Liwat & Pendidikan sekX


"Apa itu liwat?",terpacul soalan cepu perak daripada adik daraku ketika sedang asyik menonton berita tentang kes liwat En Saiful B. dengan alaaaa..dengan 'soldier' seorang tu...you know who.. (Apa yang berlaku hanya dia dengan si dia dan Tuhan saja yang tahu)
Terkejut aku mendengar soalan yamg keluar daripada mulut seorang gadis berusia 19 tahun. Bagaimana aku harus menjawab kerana perkara sebegini amat taboo dikalangan masyarakat.
Haruskah aku berterus terang atau berkias-kias dalam memberikan jawaban, ataukah aku diamkan saja dan tukar topik lain?
Akhirnya aku memilih berdiam diri,buat-buat tak tahu...kerana aku bukannya pakar dalam hal liwat-meliwat ni..eeiiyuuu!geli aku..
Memikirkan hal ini,ku kira amatlah wajar kiranya pendidikan seks diajar secara formal. 'Leave it to the pro',say the orang putih. Bukannya kita hendak mengajar bagaimana hendak 'anu' tapi 'skop' subjek ini cukup luas.

Antaranya ialah hubungan sesama jenis adalah ditegah, hubungan seks adalah haram kecuali dengan pasangan yamg telah dinikahi,apa itu liwat dan konsikuasinya,tentang haid, hubungan sesama muhrim dan bukan muhrim dan sebagainya.

Sekiranya pendidikan seks ini diperkenalkan pada peringkat awal ,pasti gejala -gejala tidak sihat dapat dibendung..dan soalan -soalan yang sensitif tidak akan ditanya sehingga terpinga-pinga kita hendak menjawabnya...

Monday, February 8, 2010

Borneo International Marathon


So kepada semua soldiers yang 'kaki lari' tu...jomlah join Borneo International Marathon 2010 yang akan berlangsung pada 2 May 2010 Ahad bertempat di Kota Kinabalu.

Acara utama ialah Full Marathon selain Half Marathon dan 10K.

Menurut kata Andrew Voon, yang juga Pengerusi Penganjur , objektif BIM 2010 ialah untuk mempromosikan KK dan Sabah secara amnya sebagai destinasi pelancongan sukan yang ideal, mempromosikan gaya hidup sihat melalui larian dan juga mengumpul dana untuk kebajikan serta memenuhi CSR(Corporate Social Responsibility) penaja.
'Event' ni sudah pun didaftarkan ke dalam kalendar Sabah Tourism 2010. Apa yamg menarik,marathon ni akan berlangsung serentak dengan Sabah Fest pada 01-02May.

Dijangkakan peserta bagi 'event' kali ke 3 ni akan meningkat 45% kepada 2000 peserta.

'So, 'soldiers' apa lagi yang ditunggu.Inilah masa yang ditunggu ,anda akan dapat menikmati panorama KK sambil berlari...

Bagi yang berminat layari Borneomarathon.com atau hubungi:088 218833

Kisah seorang kapten yang terlanjur

Kesian jugak aku dengan nasib 'soldier' kita seorang ni,John Terry. Dia dilucutkan dari jawatan kapten pasukan England, gara-gara mengadakan hubungan sulit dengan 'ex' si Wayne Bridge yang juga rakan sepasukan.
"Saya terpaksa melucutkannya demi kepentingan pasukan.."kata Capello,pengurus team England. 'Coach' ni memang tegas orangnya dan 'expect' moral yang tinggi daripada pemain-pemainnya..apa tidaknya bukan calang-calang pasukan yang dipimpin.

John Terry yang juga kapten Chelsea pernah berkata;"Sekiranya ada peluang 1% untuk menjadi ketua pasukan Piala Dunia, saya akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkannya." So now, bagaimana??

John Terry dikatakan 'bercouple' dengan Vanessa Perroncel,33, seorang model 'underwear' yang mempunyai seorang anak lelaki dengan Bridge. Hubungan sulit tu mula diketahui umum selepas high court di sana menarik balik 'injunction' melarang perhubungan tersebut daripada dilaporkan oleh media massa.

Pada 2002,' soldier' ni pernah didakwa atas kesalahan bergaduh dalam satu insiden di sebuah pub. Akibatnya , dia terlepas peluang ke Piala Dunia bersama team England.

Dan sebelum itu, pada 2001, dia pernah dipotong gaji 2 minggu gara-gara mengejek pelancong Amerika di sebuah hotel di Heathrow. Itu mabuk punya pasal jugak...

Tempatnya sebagai ketua pasukan England akan digantikan oleh Rio Ferdinand. Rio Ferdinand?
Bukankah dia pernah digantung selama 8 bulan pada 2004 kerana 'escape' ujian dadah.

Capello nampaknya memikul tugas berat menjaga 'soldier-soldier'nya...

Saturday, February 6, 2010

Blogging for dummies 2

Wah!!Seronoknya pula memblogging ni..It gives you a sense of satisfaction that difficult to describe. Anyway,sekali lagi aku terpaksa memberi laluan kepada adik perempuanku yang sebentar lagi akan ke airport untuk memberi sedikit 'final touch' diblog aku ni. Aku yang pening dibuatnya.
Dulu aku jahil banget tentang email, kini blogging pula buat aku 'mabuk'.

Sebentar lagi sifu a.ka. adikku ini akan terbang ke Melaka untuk menyambung studynya.So,terkial-kiallah sang soldier seorang ni memblog nanti. Good bye,sifu!!

Blogging for dummies

Hmmm...nasib baik ada adikku di sini yang dapat menolong aku buat sedikit 'setting ' untuk blog ni..kalau tidak entahlah,berteraburlah alamatnya. Itu pun sambil menolong sempat jugak dia memberi sedekah ketawanya kepadaku.kik..kik..kik!!

I must admit that I'm still a bit dumb when it comes to blogging. Susah juga memblogging ni rupanya ya! Teringat aku ketika waktu kelas BM masa disekolah dulu..Menyesal sungguh aku.
"Cikgu nak kamu buat karangan dalam 150 patah perkataan" jerit cikgu BM waktu tu..entah namanya lupa pulak.
"Alamak cikgu banyak tullah,100 patah perkataan..nak pecah otak kita ni."keluh kami yang bodoh sombong ni. Siapa sangka kemahiran mengarang amat 'crucial' ketika memblogging ni.

Blogging, what the **** is that?
wikipedia -A blog (a contraction of the term "web log")[1] is a type of website, usually maintained by an individual with regular entries of commentary, descriptions of events, or other material such as graphics or video. Entries are commonly displayed in reverse-chronological order. "Blog" can also be used as a verb, meaning to maintain or add content to a blog.
Cukuplah setakat tu sahaja yang dapat saya petik dari wikipedia.Panjang betul ceritanya,baik kamu baca sendiri saja di sana. I bet you all know better.....
Nevertheless, I believe blogging is a very good way to share our toughts, story,photos and a lot more. But do not use it in a wrong manner. B/A/H/A/Y/A

So, selamat blogging for you and me..I wish someone will write a book 'Blogging for dummies' and i'll be your first buyer.

Friday, February 5, 2010

GST

GST akan dikuatkuasakan pada pertengahan tahun depan.Kata mereka golongan pertengahan
tidak akan merasa beban.
Is it? GST akan menyebabkan harga akan naik,how can u say tidak akan membebankan? Harga barangan di Sabah 20% lebih mahal berbanding di Semenanjung , imagine what will happen to the pricing of goods here when the GST is implemented.

Wednesday, February 3, 2010

Penggiliran mengeringkan duit..??

Alamak , rupa-rupanya sistem penggiliran jawatan ketua menteri Sabah yang diperkenalkan 10 tahun lalu tidak membawa banyak kebaikan khususnya duit simpanan kerajaan negeri.
Ini menurut cakap Datuk Haji Yussof Mohd Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan yang mau 'retire sudah'. Aiseyman...dia sudah mau 'retire'baru dia cakap..dulu diam-diam jak..

Tapi baguslah sekarang..duit tabungan kerajaan sudah meningkat ke 2.4 bilion pada 2008 berbanding 60 juta pada 1997. Cukup untuk bayar gaji kakitangan awam selama 2 bulan sahaja. Itu kira tenat tu..sekurang-kurangnya tabungan mesti cukup 6 bulan..
Anyway,tahniah untuk kerajaan kerana berjaya menguruskan kewangan dengan baik. Yang dulu -dulu tu ndak apalah..kita pandang kehadapan okay!

Monday, February 1, 2010

Pelajar bunuh diri

A YEAR Six pupil was found dead in his home at Taman Pusing Baru, Batu Gajah, after drinking insecticide, reported Berita Harian.
The student, S. Uvaneswaran, 12, was said to be depressed about being told off by a teacher at school.
Uvaneswaran died of internal injuries after consuming the insecticide which was used by his uncle.
Batu Gajah OCPD Asst Comm Najib Muhammad said the incident was believed to have taken place after the victim returned home from his school, SK Pusing.


Ulasan: Setahu saya ini adalah berita kanak-kanak membunuh diri yang pertama tahun ini.

Akibat dimarahi guru, pelajar ini tekah meminum racun yang digunakan oleh pak ciknya.


Apa agaknya perasaan guru itu setelah mendapat tahu pelajar yang dimarahinya telah membunuh diri. Tekan air liur??rasa bersalah? Mungkin pelajar trsebut telah dimalukan didepan kawan-kawannya yag lain? Agaknya guru itu telah menyatakan sesuat yang begitu mengguris hati hinggakan dia sanggup menamatkan riwayat hidupnya. Atau adakah pelajar ini kesunyian

Mencium putera katak???


Lucu juga bila membaca cerita tentang 50 kanak-kanak di US mengadu sakit dan ceret beret kerana mencium katak,setelah menonton cerita The Princess And The Frog keluaran Disney.

Bayangkan 50 kanak-kanak bukan 5 kanak-kanak.

Hairan bin ajaib bagaimana mereka seramai itu boleh berpakat mencium katak.

Bodoh sangatkah kanak-kanak di US ni? Negara kita yang tak seberapa maju ni pun tak terfikir ke arah itu..Tahniah untuk kanak-kanak di Malaysia..

Anak -anak Sabah di perantauan

Kesian juga bila membaca 'newspaper' pagi ni..Anak-anak Sabah yang ke Semenanjung untuk
mencari pekerjaan namun sebaliknya berlaku.Saya percaya mereka ni datang dari kawasan Pedalaman,mereka termakan tipu helah orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Kini mereka tersadai dan hanya mengharap belas ehsan masyarakat bagi meneruskan penghidupan.
saya percaya ada juga yang mengambil jalan yang lebih 'daring' seperti mencuri ataupun melacur..who knows..???
Diharapkan kerajaan dapat membantu mereka secepat mungkin samada mengambil mereka pulang ataupun membantu mereka mencari pekerjaan yang sesuai. Mereka adalah harapan keluarga mereka dalam mencari penghidupan yang lebih baik.

Saturday, January 30, 2010

Gula...gula..


gula..


ketika ini ramai yang mengeluh ketiadaan gula... sabar,cuba-cubalah dulu minum kopi tanpa gula..

Adakah pengeluaran gula terhad atau sengaja disorok..???Yang pasti minuman tidak semanis dahulu..

kalau datang kepingin minum kopi manis..cuba-cubalah menghisap gula-gula berperisa kopi..

Open for business

Yes!!Alhamdulillah..pada hari ini,secara rasminya saya memblog. Tahniah untuk diri saya..
Newer Posts Home