Thursday, July 7, 2011

Demonstrasi di KK?


Kira-kira jam 12 tengah hari tadi, dalam perjalanan balik ke ofis, hand phone tiba-tiba menyanyi.
Oh, rakan sepejabat menghantar mesej rupanya.
Mesej yang diterima buat aku terhenti seketika. Kereta di belakang terpaksa membunyikan hon agar aku bergerak semula. Kejap lah!!

"Jangan lalu dekat Tanjung Lipat, ada demonstrasi" mesej itu berbunyi. Demonstrasi?? mana mungkin..hati kecil ini merungut. "be careful" mesejnya yang berikut.
Kejap, seorang kawan menelefon, katanya ada tunjuk perasaan di KK. Masa tu aku di sekitar Luyang.

"Siapa yang buat?".

"Entah'. jawabnya selamba.."siap main kejar-kejar lagi.Yang hairannya polis tu ketawa-ketawa sambil mengejar penunjuk perasaan tu." tambahnya lagi.

Bila tiba dekat kawasan Karamunsing, kenderaan mula sesak. Ish! kacau betullah...aku melepaskan geram. Terpaksa aku buat U-Turn balik ke Luyang untuk mengelakkan kesesakan.

Dua jam lepas tu ada kawan bagi tahu yang demonstrasi tadi rupa-rupanya latihan yang dijalankan oleh pihak polis. Ada pula kawan yang siap upload gambar di wall FBnya(boleh lihat di sini-lokasi dihadapan pintuk masuk Suria Sabah)

Fuh!lega rasanya bila mendengar peristiwa tu cuma latihan pihak keselamatan.Kalau betul-betul demontrasi huru-hara KK jadinya. Seingat saya demonstrasi besar-besaran kali terakhir berlaku pada lewat 80an dahulu, sehingga memaksa pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung.

Harap ianya tidak berulang lagi kerana ia lebih membawa kesusahan kepada orang ramai untuk menjalankan aktiviti harian.

Tuesday, June 21, 2011

Dilema memblogging,tikam bekas isteri & parkir asmara


Satu hal tentang memblogging ni ialah bila kita kekeringan idea..entah apa yang hendak dituliskan?
Ditambah pula dengan kesibukan yang datang bertimpa-timpa. Tapi sayang pula membiarkan halaman ni begitu sahaja..ibarat tanah terbiar jadinya. Alang-alang mempunyai halaman blog , baik kita ushakan sedikit demi sedikit ,bukan?
Hendak dimulakan cerita , saya sempat membaca Harian Metro pagi tadi. Tentang kisah janda muda ni yang teruk ditikam oleh bekas suami.siap guan gunting lagi tu. Katanya dia enggan rujuk semula dengan bekas suaminya, maka itulah penangan yang diterima. Patutkah???

Lepas tu, diselit pula cerita tentang 'parkir asmara'. Tempat kejadian menikam tu berlaku. Di parkir itu jugalah suami atau isteri yang bermain asmara dengan orang lain berjumpa untuk 'lunch break'. My goodness, sampai begitu sekali ceritanya. Dengan kos RM2.00 , pasangan-pasangan yang berkenaan dapatlah melepas rindu dendam masing-masing. Lepas tu, bolehlah balik ke ofis masing-masing.

Bagaimana agaknya si suami datang bertemu pasangannya, manakala si isteri dengan pasangannya pula berada di parkir yang sama. waduh!! i cannot imagine...

P/s; Jomheboh akan berlangsung di KK pada 25-26 June 2011, setelah 6 atau 7 tahun yang lalu diadakan di sini.

Monday, March 21, 2011

Planning hujung minggu ni....


Hi..lama pulak saya tidak meng'update' ruangan ini.. sibuk atau secara jujurnya mungkin jugak malas.. bukan apa .. laptop kesayangan 'motherboardnya telah 'angkang'(rosak).Ini membuatkan saya hilang minat seketika. well , anyway..semangat telah pulih dan here i am .

So, untuk dimulakan cerita, hujung minggu ini apa plan anda? Memancing, Shopping (al-maklumlah gaji baru masuk) atau pergi jalan-jalan ke tempat menarik.

Saya pulak bercadang balik kampung,di Kota Belud. Cadangannya ingin menanam sebatang dua Pisang Melaka sekaligus membersihkan kebun yang lama terbiar.Katanya agak semak sudah jadinya sekarang.
Beberapa bulan lepas saya ada menanam beberapa batang pokok pisang Melaka dan Berangan di belakang rumah di KK. Malangnya hanya pokok pisang Melaka yang berbuah. Jadi tinggal berangan ajalah saya untuk menikmati buah pisang Berangan yang diusaha sendiri.

Jadi minggu ni, saya ingin melangkah ke depan sedikit. Cuba menanam pokok pisang atas tanah yang lebih luas. Saya akan menetapkan setiap minggu terakhir (lepas dapat gaji ..hehe..) untuk pergi berkebun cum family day. baru ngamkan? Boleh juga kurangkan stress...




Tuesday, December 14, 2010

Kelapa Sawit & Unit Trust



Tentu anda akan bertanya, apakah kaitannya kelapa sawit dengan unit trust? Sebagaimana yang kita maklum,penanam atau pemilik kelapa sawit ketika ini menikmati habuan yang selama ini mereka usahakan. Ramai yang menjadi kaya raya ketika kenaikan harga sawit baru-baru ini. Bahkan ada yang menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Akan tetapi, sedarkah kita bahawa sebelum mengecapi hasilnya kini, banyak wang ringgit dan tenaga terpaksa dikorbankan?
Bukan sahaja tanah perlu dibersihkan,baja dan racun perlu juga dibeli. Ini belum dikira bibit sawit yang pada bila-bila masa boleh dicuri.Tiga tahun pertama amatlah kritikal. Di sinilah tahap kesabaran penanam atau peneroka teruji.Silap haribulan, boleh patah semangat jadinya.

Tahun ke tiga, hasil sudah mula kelihatan. Namun, buah yang diperolehi ketika ini agak kurang berkualiti. 'Buah monyet' dipanggil orang. Penanam atau peneroka kena membuat kerja lain terlebih dahulu. Ladang perlu terus dijaga.Baja harus terus ditabur. Rumput lalang kena terus diracun. Bayangkan jika harga sawit jatuh merudum pada waktu itu? Adakah anda sebagai penanam atau peneroka akan mencabut anak-anak sawit tersebut?Tentu tidak bukan?

Begitulah halnya apabila kita melabur ke dalam saham amanah. Ibarat kita bertanam kelapa sawit...kena ada kesabaran sebelum menikmati hasilnya.Apa yang kita perlu lakukan adalah terus menambah pelaburan. Selama mana kita melabur bergantung pada diri kita sendiri. Akan tetapi adalah lebih baik jika kita melabur untuk jangka panjang. Segala urusan biarlah kita serahkan kepada 'pengurus ladang' kita iaitu para pengurus dana yang profesional dan berkelayakan tinggi.Mereka lebih arif dalam bidang ini.Selamat 'berladang'.

p.s- Bulan lepas, seorang pemilik ladang dari Sandakan telah melabur ke dalam salah satu tabung saham amanah sebanyak RM10 juta. Ditanya kenapa dia melabur sebanyak itu? Katanya dia dapat melihat persamaan ketara antara menanam kelapa sawit dengan melabur saham amanah.Renung-renungkan..

Sunday, November 14, 2010

SBP hanya untuk orang miskin?

Kenyataan Timb PM bahawa mulai tahun depan SBP akan hanya mengambil pelajar cemerlang dari golongan miskin memang menepati sasaran asal penubuhan SBP. Bermakna matlamat asal sudah tersasar. Bagaimanapun dengan hanya mengambil pelajar dari golongan tertentu tidak akan dapat membantu dalam konteks sosial masyarakat Malaysia. Untuk jangkamasa panjang, ia tidak akan dapat membantu pelajar itu sendiri. Baik golongan miskin dan kaya perlu berganding bahu dalam membangunkan negara ini. Pelajar-pelajar dari kedua -dua golongan ini perlu berinteraksi dengan baik agar tidak wujud sifat sombong, dendam dan irihati antara mereka.
Negara kita sudah wujud terlalu banyak jurang sosial-Melayu, Cina ,India, Bumiputra Islam,bumiputra bukan Islam.Tak kan kita mahu melihat pelajar kita belajar mencipta jurang baru antara satu sama lain. Secara realiti , masyarakat Malaysia tidak semua yang miskin. Dan tidak semua yang kaya raya. Apabila mereka melangkah ke alam universiti kelak,mereka akan berdepan dengan pelbagai golongan dan kelas sosial. Maka akan timbullah kejutan budaya yang ketara.
Secara realiti,seseorang itu tidak akan diambil bekerja hanya kerana mereka miskin ataupun kaya. Mereka akan dinilai mengikut pencapaian akademik masing-masing. Baik pelajar miskin mahupun yang kaya.Di alam pekerjaan interaksi antara pelbagai kelas masyarakat tidak dapat dielakkan. Apabila mereka sudah biasa bergaul sejak peringkat sekolah lagi,hal ini 'kira kacanglah'.
Banyak yang pelajar miskin boleh pelajari dari pelajar yang kaya dan begitu juga sebaliknya.Janji pelajar-pelajar ini adalah pelajar cemerlang dalam pelajaran.Saya percaya secara tidak sedar mereka akan membentuk satu kontrak sosial yang dapat memberi kesan positif demi kecemerlangan diri masing-masing.
Diharapkan kerajaan dapat memberi peluang kepada semua -golongan miskin,pertengahan , kaya. Semua adalah rakyat Malaysia yang berhak didahulukan demi pencapaian yang kita utamakan.

Friday, November 12, 2010

40% orang miskin di Malaysia ada di Sabah

Kenyataan yang di buat oleh Emmanuel J, Pengarah Pembangunan Manusia Bank Dunia dalam suratkhabar tempatan semalam agak mengejutkan saya. 40 % orang yang miskin di Malaysia berada di Sabah.Ini bermakna hampir separuh bagi sebuah negara yang mempunyai 14 buah negeri.
Secara peribadi , agak sedih mendengarnya,kerana seperti yang kita maklum negeri Sabah diperintah oleh sebuah parti yang kuat.Dan ianya bukanlah sebuah parti pembangkang. Setelah bertahun-tahun memerintah, kemiskinan masih ditahap yang tinggi. Penyebab utama masalah ini masih berleluasa perlu dikupas. Adakah jentera kerajaan kurang berkesan? Mungkinkah mentaliti penduduk di Sabah agak lemah?
30 tahun lalu negeri Sabah adalah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia. Kina keadaan sudah berubah.Kerajaan dan rakyat negeri ini harus bangun dari mimpi yang mengasyikkan!!

Alangkah baiknya jika dikatakan 60% orang-orang kaya di Malaysia ada di Sabah!


Tuesday, August 10, 2010

Pemandu bas mini yang masalah..

Suratkhabar hari ini menceritakan seorang YB (alah..yang ada kes mahkamah syariah tu pasal kahwin 2 tu..) mahu pemandu yang memandu sebelah kanan dengan perlahan dikenakan tindakan. Ini kerana menurutnya, ia amat berbahaya.
Sebenarnya, kalau di KK ni, yang memberikan masalah dalam bab keselamatan jalanraya adalah sikap pemandu-pemandu bas mini. Bukannya pemandu-pemandu kereta persendirian. Seingat saya, tidak pernah pula dia membangkitkan perihal pemandu-pemandu bas ni di media massa.

Bas-bas mini di KK ni seringkali memandu di sebelah kanan dan akan secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri di hadapan kita dan terus ke bahu jalan,sama ada hendak mengambil penumpang atau sebaliknya. Bayangkan jika kita yang berada di situasi tersebut. selepas itu pula , tanpa memperdulikan kereta -kereta lain terus ke ke luar ke lorong kiri jalan. Sikap mereka ini sudah diketahui umum dan ramai yang menyumpah-nyumpah akan mereka. Patutpun sehingga kini susah kita nampak ada yang kaya raya kerana memandu bas. Paling koman pun hidup senang. Mungkin dek kerana sumpahan orang ramai.

Pada pemerhatian saya, yang memandu sebelah kanan adalah pemandu wanita ataupun mereka yang hendak membelok ke sebelah kanan. Memang memandu di sebelah kanan adalah salah..tapi nak buat macam mana..bukan mereka yang memandu perlahan tapi kereta di belakang yang terlalu laju. Susah -susah pergi ke kiri sajalah dan pandu terus.
Teringat saya satu ketika dulu,waktu malam ketika hendak pulang ke rumah. Oleh kerana simpang ke rumah saya tidak berapa jauh , saya 'remain' jak on the right lane'. di belakang saya ada sebuah kereta membontoti saya.Dia tidak juga mahu masuk ke lorong kiri. So, dia highlight..saya buat de aja.dia highlight lagi saya buat de aja..Malah saya perlahankan kenderaan agar dia masuk ke lorong kiri dan memotong saya. Tapi dia masih membontoti saya lagi..
Simpang ke rumah sudah tidak jauh..Tiba-tiba dia menyalakan lampu siren..Nak buat macam mana? Tak kanlah saya pergi ke kiri just because nak bagi dia laluan..bukan? So, saya buat de aja terus..100 meter dari simpang, saya nyalakan lampu isyarat dan terus masuk simpang.Dia sempat mengehon saya. Feel guilty lah tu agaknya..

Saturday, July 31, 2010

Stand by me..


Minggu ni saya ingin berkongsi sebuah lagu yang cukup evergreen dengan lirik yang cukup dalam maksudnya...Lagu Stand by Me,yang mana lagu ini hasil nukilan John Lennon. Siapa yang tidak kenal dengan beliau? He is one of the Beatles member,right..

Video clip dari Youtube ni cukup menarik dan saya tidak bosan-bosan mendengar alunan suara Jon Bon Jovi dengan penyanyi dari Iran, Andy Madadian,

Kalau menurut yang tukang upload video ni, Jon Bon Jovi dengan Andy merakamkan lagu ni pada June 24 lalu di LA Recording studio. Cuma rangkap pertama lagu tu, saya tidak berapa faham..bahasa Iran agaknya..any way,enjoy the song..


Monday, July 12, 2010

Berakhirnya satu pesta..


Tsamina mina eh eh waka waka africa...


Pagi tadi,dunia menyaksikan pemenang baru Piala Dunia 2010, Sepanyol.

Kemenangan 1-0 ke atas Belanda memberi kenangan manis untuk warga Sepanyol.Muchas Gracias! Belanda sekadar menduduki tempat ke 2 ,yang nyata begitu menyakitkan.Apa tidaknya ini adalah kali ke 3 Belanda menyandang 'trofi' pelakon pembantu terbaik. Bagi team lain tempat ke 2 sudah dikira cukup bagus.

Kita akan bertemu lagi pada 2014 di Brazil..itupun kalau dipanjangkan umur. Kalau di South Africa kita mengenal waka waka! dan vuvuzela , di Brazil entah apa pula hidangannya.Pastinya Brazil terkenal dengan penyokong-penyokong wanitanya yang kadangkala agak 'terlampau'. Menyaksikan penyokong-penyokong wanitanya bagaikan menonton aksi 'tigershow'.Panas!Panas!Panas!


Bagaimanapun..Cheerio to Spain...Ole!Ole!...Kini Spain perlu memastikan badi yang terkena ke atas France dan Italy tidak menjangkiti team mereka bak penyakit H1N1.Piala Dunia 2010 menyaksikan France dan Italy bungkus kain baju pulang pada pusingan awal. Team England jangan ceritalah!!!


Sebuah website ,www.beautifulpeople.com ,telah mengadakan kaji selidik siapakah pemain-pemain yang paling 'ensom boy' di kalangan mereka pada musim ni. Keputusan yang kadangkala boleh dipertikaikan tetapi yang mengundi adalah seramai 200,000 orang,so..nak buat macam mana..


Pemain paling Ensom Piala Dunia 2010

(ikut tahap keensoman)


1-Fabio Cannavaro (Italy)

2-F. Torres (Spain)

3-David Villa (Spain)

4-LAndon Donovan (USA)

5-Thierry Henry (France)

6-Edinson Cavani (Uruguay)

7- Kaka (Brazil)

8-C. Ronaldo (Portugal)

9-Didier Drogba (Ivory Coast)

10-Keisuke Honda (Japan)

11-David James (England)


Dan berikut senarai yang 'tidak ensom';


1-Wayne Rooney (England)

2-F. Ribery (France)

3-C. Tevez (Argentina)

4-Vladimir Stojkovic (Serbia)

5-Benjamin Huggel (Switzerland)

6-Zdenko Strba (Slovakia)

7-Rafik saifi (Algeria)

8- Scott Chipperfield (Australia)

9-John Terry (England)

10-Ryan Nelson (New Zealand)

11-Daniel Agger (Denmark)



Adios..!!


Older Posts