Sunday, November 14, 2010

SBP hanya untuk orang miskin?

Kenyataan Timb PM bahawa mulai tahun depan SBP akan hanya mengambil pelajar cemerlang dari golongan miskin memang menepati sasaran asal penubuhan SBP. Bermakna matlamat asal sudah tersasar. Bagaimanapun dengan hanya mengambil pelajar dari golongan tertentu tidak akan dapat membantu dalam konteks sosial masyarakat Malaysia. Untuk jangkamasa panjang, ia tidak akan dapat membantu pelajar itu sendiri. Baik golongan miskin dan kaya perlu berganding bahu dalam membangunkan negara ini. Pelajar-pelajar dari kedua -dua golongan ini perlu berinteraksi dengan baik agar tidak wujud sifat sombong, dendam dan irihati antara mereka.
Negara kita sudah wujud terlalu banyak jurang sosial-Melayu, Cina ,India, Bumiputra Islam,bumiputra bukan Islam.Tak kan kita mahu melihat pelajar kita belajar mencipta jurang baru antara satu sama lain. Secara realiti , masyarakat Malaysia tidak semua yang miskin. Dan tidak semua yang kaya raya. Apabila mereka melangkah ke alam universiti kelak,mereka akan berdepan dengan pelbagai golongan dan kelas sosial. Maka akan timbullah kejutan budaya yang ketara.
Secara realiti,seseorang itu tidak akan diambil bekerja hanya kerana mereka miskin ataupun kaya. Mereka akan dinilai mengikut pencapaian akademik masing-masing. Baik pelajar miskin mahupun yang kaya.Di alam pekerjaan interaksi antara pelbagai kelas masyarakat tidak dapat dielakkan. Apabila mereka sudah biasa bergaul sejak peringkat sekolah lagi,hal ini 'kira kacanglah'.
Banyak yang pelajar miskin boleh pelajari dari pelajar yang kaya dan begitu juga sebaliknya.Janji pelajar-pelajar ini adalah pelajar cemerlang dalam pelajaran.Saya percaya secara tidak sedar mereka akan membentuk satu kontrak sosial yang dapat memberi kesan positif demi kecemerlangan diri masing-masing.
Diharapkan kerajaan dapat memberi peluang kepada semua -golongan miskin,pertengahan , kaya. Semua adalah rakyat Malaysia yang berhak didahulukan demi pencapaian yang kita utamakan.

Friday, November 12, 2010

40% orang miskin di Malaysia ada di Sabah

Kenyataan yang di buat oleh Emmanuel J, Pengarah Pembangunan Manusia Bank Dunia dalam suratkhabar tempatan semalam agak mengejutkan saya. 40 % orang yang miskin di Malaysia berada di Sabah.Ini bermakna hampir separuh bagi sebuah negara yang mempunyai 14 buah negeri.
Secara peribadi , agak sedih mendengarnya,kerana seperti yang kita maklum negeri Sabah diperintah oleh sebuah parti yang kuat.Dan ianya bukanlah sebuah parti pembangkang. Setelah bertahun-tahun memerintah, kemiskinan masih ditahap yang tinggi. Penyebab utama masalah ini masih berleluasa perlu dikupas. Adakah jentera kerajaan kurang berkesan? Mungkinkah mentaliti penduduk di Sabah agak lemah?
30 tahun lalu negeri Sabah adalah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia. Kina keadaan sudah berubah.Kerajaan dan rakyat negeri ini harus bangun dari mimpi yang mengasyikkan!!

Alangkah baiknya jika dikatakan 60% orang-orang kaya di Malaysia ada di Sabah!


Newer Posts Older Posts Home