Thursday, July 7, 2011

Demonstrasi di KK?


Kira-kira jam 12 tengah hari tadi, dalam perjalanan balik ke ofis, hand phone tiba-tiba menyanyi.
Oh, rakan sepejabat menghantar mesej rupanya.
Mesej yang diterima buat aku terhenti seketika. Kereta di belakang terpaksa membunyikan hon agar aku bergerak semula. Kejap lah!!

"Jangan lalu dekat Tanjung Lipat, ada demonstrasi" mesej itu berbunyi. Demonstrasi?? mana mungkin..hati kecil ini merungut. "be careful" mesejnya yang berikut.
Kejap, seorang kawan menelefon, katanya ada tunjuk perasaan di KK. Masa tu aku di sekitar Luyang.

"Siapa yang buat?".

"Entah'. jawabnya selamba.."siap main kejar-kejar lagi.Yang hairannya polis tu ketawa-ketawa sambil mengejar penunjuk perasaan tu." tambahnya lagi.

Bila tiba dekat kawasan Karamunsing, kenderaan mula sesak. Ish! kacau betullah...aku melepaskan geram. Terpaksa aku buat U-Turn balik ke Luyang untuk mengelakkan kesesakan.

Dua jam lepas tu ada kawan bagi tahu yang demonstrasi tadi rupa-rupanya latihan yang dijalankan oleh pihak polis. Ada pula kawan yang siap upload gambar di wall FBnya(boleh lihat di sini-lokasi dihadapan pintuk masuk Suria Sabah)

Fuh!lega rasanya bila mendengar peristiwa tu cuma latihan pihak keselamatan.Kalau betul-betul demontrasi huru-hara KK jadinya. Seingat saya demonstrasi besar-besaran kali terakhir berlaku pada lewat 80an dahulu, sehingga memaksa pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung.

Harap ianya tidak berulang lagi kerana ia lebih membawa kesusahan kepada orang ramai untuk menjalankan aktiviti harian.

Tuesday, June 21, 2011

Dilema memblogging,tikam bekas isteri & parkir asmara


Satu hal tentang memblogging ni ialah bila kita kekeringan idea..entah apa yang hendak dituliskan?
Ditambah pula dengan kesibukan yang datang bertimpa-timpa. Tapi sayang pula membiarkan halaman ni begitu sahaja..ibarat tanah terbiar jadinya. Alang-alang mempunyai halaman blog , baik kita ushakan sedikit demi sedikit ,bukan?
Hendak dimulakan cerita , saya sempat membaca Harian Metro pagi tadi. Tentang kisah janda muda ni yang teruk ditikam oleh bekas suami.siap guan gunting lagi tu. Katanya dia enggan rujuk semula dengan bekas suaminya, maka itulah penangan yang diterima. Patutkah???

Lepas tu, diselit pula cerita tentang 'parkir asmara'. Tempat kejadian menikam tu berlaku. Di parkir itu jugalah suami atau isteri yang bermain asmara dengan orang lain berjumpa untuk 'lunch break'. My goodness, sampai begitu sekali ceritanya. Dengan kos RM2.00 , pasangan-pasangan yang berkenaan dapatlah melepas rindu dendam masing-masing. Lepas tu, bolehlah balik ke ofis masing-masing.

Bagaimana agaknya si suami datang bertemu pasangannya, manakala si isteri dengan pasangannya pula berada di parkir yang sama. waduh!! i cannot imagine...

P/s; Jomheboh akan berlangsung di KK pada 25-26 June 2011, setelah 6 atau 7 tahun yang lalu diadakan di sini.

Monday, March 21, 2011

Planning hujung minggu ni....


Hi..lama pulak saya tidak meng'update' ruangan ini.. sibuk atau secara jujurnya mungkin jugak malas.. bukan apa .. laptop kesayangan 'motherboardnya telah 'angkang'(rosak).Ini membuatkan saya hilang minat seketika. well , anyway..semangat telah pulih dan here i am .

So, untuk dimulakan cerita, hujung minggu ini apa plan anda? Memancing, Shopping (al-maklumlah gaji baru masuk) atau pergi jalan-jalan ke tempat menarik.

Saya pulak bercadang balik kampung,di Kota Belud. Cadangannya ingin menanam sebatang dua Pisang Melaka sekaligus membersihkan kebun yang lama terbiar.Katanya agak semak sudah jadinya sekarang.
Beberapa bulan lepas saya ada menanam beberapa batang pokok pisang Melaka dan Berangan di belakang rumah di KK. Malangnya hanya pokok pisang Melaka yang berbuah. Jadi tinggal berangan ajalah saya untuk menikmati buah pisang Berangan yang diusaha sendiri.

Jadi minggu ni, saya ingin melangkah ke depan sedikit. Cuba menanam pokok pisang atas tanah yang lebih luas. Saya akan menetapkan setiap minggu terakhir (lepas dapat gaji ..hehe..) untuk pergi berkebun cum family day. baru ngamkan? Boleh juga kurangkan stress...




Newer Posts Older Posts Home