Tuesday, March 30, 2010

'Bilionaire' larang pekerja makan daging


Pasangan bilionaire kelahiran India yang bermastautin di Perth , Australia telah menimbulkan kekecohan di sana apabila melarang pekerja-pekerja binaan yang sedang membuat mega-mansion mereka daripada memakan daging.

Mansion yang sedang dalam pembinaan tersebut memang besar dan kosnya menelan belanja A$70 juta. Apabila siap ia akan menjadi rumah terbesar di Australia.

Larangan memakan daging itu telah menimbulkan kemarahan kesatuan sekerja dan dianggap sebagai 'absolutely wrong'. Kata mereka 'Kami menghormati hak orang lain mengamalkan ajaran agama mereka, tapi kami tidak bersetuju jika ia dipaksa ke atas orang lain.'

Pasangan vegetarian tersebut, Pankaj Oswal dan isterinya Radhika ,menganggap mereka berhak mengenakan larangan tersebut dengan alasan 'Ini rumah kami'.

Sebenarnya pasangan ini bukan melarang mereka dari memakan daging tetapi hanya melarang mereka daripada memakannya di mana-mana mereka suka. Satu 'bangsal' telahpun disediakan untuk mereka memakan daging atau apapun yang mereka suka.Tetapi ada yang degil dan tunjuk lagak, makan di mana-mana tempat tanpa menghormati sensitiviti orang lain. Mungkin mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka kini menjadi kuli kepada orang Asia.

Monday, March 22, 2010

Berapa engkau jual Beras Nasional tu..RM20!!!???


Malam tadi bila tiba di rumah sekitar jam 7.30 malam,saya disambut 'mesra' oleh isteri. 'Mana Milo..? Mana roti..???' Aduh! terlupa pulak membeli apa yang dipesannya. Tak apa..lepas dinner saya pergi beli..pujuk saya dengan senyuman 'bodoh'.


Sekitar jam 8.00 malam, saya pun terus memandu ke arah kawasan rumah pangsa Taman Telipok Ria,lebih kurang 1 kilometer dari rumah. Ahhh..ada dua buah kedai yang masih buka,yang sebuah lagi sudahpun ditutup.Di depan kedai yang gelap tu berdiri seorang apek dengan jualan rotinya. Tapi ,sorry pek,hari ni saya masuk kedai beli rotilah.


Ketika hendak membayar harga roti dan Milo,masuk seorang wanita Dusun. 'Berapa harga Beras Nasional ni?'tanyanya kepada cashier warga Pakistan tu. 'RM20',jawabnya selamba.

'Apa? RM20??', sampuk saya kepadanya. ''Engkau jangan main-main,bukan RM18 kah?' Cashier tu diam sahaja..berjerebu fikirannya barangkali bila saya menerjah. Wanita Dusun itu memandang saya mengharapkan pembelaan. Selepas mendapat baki, sayapun beredar mengingatkan anak-anak yang sedang menunggu di dalam kereta.

Dalam perjalanan pulang, saya teringat-ingat tentang Beras Nasional tu. Kali terakhir saya membelinya ialah setahun yang lepas. Bukan senang nak dapat ni.Saya pun berpatah balik. Kalau betul dia menjual pada harga RM20.00 saya akan minta resit dan buat aduan.

Dalam jarak 20 meter dari kedai tu, saya terserempak dengan wanita Dusun tadi tu.

'Berapa dia charge?'

'RM19', jawabnya dengan muka yang moyok.

Kurang asam! Berani dia jual lebih dari harga yang sepatutnya!

Masuk ke dalam kedai, saya pun berkata 'Berapa harga beras tu?' sambil menunjuk ke arah Beras Nasional berkampit biru yang tinggal dua sahaja lagi. Cashier tu hanya tunduk diam. Saya tanya lagi.

'Berapa harga beras tu???'.

'Tanya bos',jawabnya serba salah.

Tiba-tiba muncul seorang dari kedai sebelah,warga Pakistan juga dalam lingkungan awal 20an.

'RM18.00 lah bos, tu ada harga ditulis,'

'RM18? Tadi dia cakap RM20.00.',

'Tidak, dia salah tu...dia tidak tau apa..itu RM20.00 untuk harga beras yang lagi satu..,'

'Habis ,kenapa dia cakap Beras Nasional ni RM20 pada perempuan tadi tu?',tanya saya lagi

'RM18.00 lah bos..', jawabnya pendek untuk menamatkan isu.

'ok..saya ingat bagus engkau tukar cashier dengan pekerja engkau ni..', ujar saya sambil menunjuk ke arah seorang pekerjanya yang bawah umur.

'Tak bolehlah bos,ini kena handle cash,'

'Habis,engkau cakap cashier engkau ni tidak tahu apa-apa,might as well budak tu yang jadi cashier..,' tersengih pekerjanya yang dibawah umur tu mendengar jawapan saya.

Setelah membayar harga beras,saya pun berlalu pergi, sempat jugak bosnya berterima kasih sambil menepuk lengan saya. Ohh, playing buddy-buddy with me ya!! Harap ini dapat memberikan pengajaran kepada mereka. Jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga lebih-lebih lagi 'controlled items'.

Nota: Kedai ini terletak di dalam kawasan rumah pangsa Taman Telipok Ria. Kawasan perumahan PPR yang diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan. Untuk mendapat tempat tinggal di sini bukan senang ,kena 'apply dari mereka. Hingga hari ini ,saya musykil bagaimana warga asing boleh berniaga di sini sudah lebih setahun.Takkan pihak berkuasa tempatan mengutamakan warga asing berbanding warga tempatan.






Thursday, March 11, 2010

Perihal junk food


Junk food,apa itu junk food? ikut kata wikepedia,junk food atau fast food adalah gelaran tidak rasmi bagi sesetengah makanan yang dikira kurang nilai khasiat atau tidak ada langsung. Gelaran ini juga merujuk kepada produk yang berkhasiat tetapi dalam masa yang sama mengandungi ingredients yang tidak sihat bila diambil secara kerap atau memang tidak sihat jika dimakan.

So, soldiers, kalau memakan fast food tu, ingat-ingatlah kandungan kalori,garam,gula sebagainya yang ada dalam sebiji burger, french fries,nuggets dan macam -macam lagilah yang ada dijual dikedai fast food. Apatah lagi harganya yang mahal dan tidak berpatutan. Kalau dikira fastfood atau junk food ini,kira nothing jika ditolak hiasan kedai yang fancy dan iklan yang kadang kadang saya tengok sedikit over untuk setakat mamasarkan burger dan rakan-rakan.

Harga yang kita bayar selama ni sebenarnya ialah lifestyle. Makan di kedai fast food dianggap satu symbol of status bagi sesetengah masyarakat.


Menyentuh tentang pengiklanan, seingat saya pada Disember 2009 yang lalu, pihak Kementerian Kesihatan bercadang untuk mengawal pemasaran dan pengiklanan fast food ni.

Bagaimana caranya saya pun kurang pasti. Kalau kita lihat iklan di tv apa persepsi yang kita dapat perhatikan? Seringkali iklan di tv memaparkan suasana riang ria,gelak ketawa sambil menjamah burger.Tidak kira muda atau yang tua kerepot nampak sihat dan gagah ketika berkumpul bersama sama di kedai fast food. Berkumpul bersama-sama seisi keluarga konon.Macamlah tidak ada tempat lain untuk buat gathering.

Model yang digunakan semuanya kurus-kurus tidak ada pun yang kita nampak gemuk gedempol termengah -mengah menuju ke kaunter memesan burger. Itu adalah gambaran yang kita lihat dan itu adalah apa yang kita beli sebenarnya. lifestyle.

Pernahkah anda terfikir kenapa tauke-tauke fast food ini membuat iklan sedemikian rupa? Kalau tunjuk gambar burger sahaja dengan mayonisnya meleleh-lelah, tak bolehkah? Bukan tak boleh, kurang berkesan dan tak menarik hati rasanya.


Jadi, jika pihak Kementerian Kesihatan ingin mengawal pemasaran dan pengiklanan makanan fast food ini, begini caranya;

1. Iklan mestilah menunjukkan orang makan burger sorang-sorang je.

2. Muka mesti sedih-sedih tidak boleh ketawa-ketawa sambil mengunyah burger.Masuk kedai mesti muka masam.

3. Model atau pelakon yang digunakan mestilah yang gemuk-gemuk.No slim-slim punya actor/actress.

4.Kedai fast food kena tampal di pintu depan 'Eat At Your Own Risk'.

5. Gambar burger kena tunjuk lemaknya meleleh -leleh, minyaknya berkilau-kilau.

6. Jangan bagi hadiah kecil-kecil tu yang kanak -kanak besar umur 15-25 tahun pun suka. Yang perempuan selalunya..he..he..


Pada hemat saya,yang tak seberapa hemat ni, langkah ini dapat mengawal pengambilan fast food dikalangan rakyat Malaysia. Percayalah...

Wednesday, March 10, 2010

Tuesday, March 9, 2010

Orang Asia paling best tidur

Mengikut satu kajian tentang tidur di washington DC mendapati orang Asia adalah yang paling pandai tidur. Soldiers, kita pandai tidur rupanya.ha..ha..ha...Golongan kulit hitam di AS berdoa sebelum tidur, manakala yang berkulit putih tidur dengan pets mereka...Aiya soldiers, tidur dengan pet memanglah boring. Kajian yang dibuat oleh National Sleep Foundation menunjukkan tabiat tidur berbeza antara etnik.

Orang kulit hitam dikatakan paling sibuk sebelum tidur -entah apalah yang diorang buat sebelum tidur ni. 18% orang Asia pulak berdoa sebelum tidur.Yang saya tahu ,orang kita sebelum tidur pekena Maggi dulu..he..he Patutpun tidur 'sedap'..hati senang dan lapang.

Tapi soal seks orang asia kalah. 1 dalam 10 orang kulit hitam dan hispanik mengadakan hubungan seks setiap malam.setiap malam??!! apa kita punya Tongkat Ali kurang powerkah?
-yang mana aktiviti ini 10 kali lebih dilakukan berbanding orang Asia dan kulit putih Amerika.

Nasib baik diaorang tak cakap yang kita tertidur masa mengadakan hubungan seks.pheww!
Tapi ndak apalah, yang penting kita juara tidur!!!

Soldiers!Jom tiduuuurrr!!!Mari pertahankan kemenangan kita!

Kayu 'jantung' manis


Dikatakan bahawa serangan penyakit jantung semakin meningkat di seluruh dunia dari setahun ke setahun. Adalah menjadi satu fakta bahawa penyakit jantung lebih banyak menyerang wanita berbanding penyakit kanser. Tekanan hidup, beban kerja yang bertambah, pencemaran alam,kurang bersenam dan tabiat pemakanan yang 'mewah' memungkinkan serangan ini berlaku.

Bagi mengurangkan risiko serangan jantung ,kayu manis(cinnamon) adalah salah satu alternative bagi mengurangkan risiko tersebut. Ianya boleh di ambil dalam bentuk serbuk atau dalam bentuknya yang asal. Campurkan ia di dalam masakan seperti ayam atau daging dan boleh dibuat minuman dengan dimasukkan ke dalam air panas lalu diminum seperti kita meminum teh atau kopi. Di Pakistan , kayu manis adalah salah satu campuran utama bila membuat teh.


Kayu manis dapat mengurangkan kadar kolesterol di dalam arteri dan juga boleh merendahkan paras gula di dalam badan. Penggunaan kayu manis secara teratur dan kerap dapat membantu meringankan sesak nafas dan memperkuat jantung.
Di Amerika dan Kanada, kayu manis sering diberikan kepada golongan tua untuk mengelakkan arteri tersumbat.Ini kerana dengan peningkatan usia seseorang itu, arteri dan pembuluh darah kehilangan fleksibiliti dan mulai tersumbat, tapi kayu manis mampu memperbaiki arteri dan pembuluh darah.

Untuk hasil yang lebih berkesan, disarankan ditambah madu bersama-sama kayu manis.

Sayangi jantung anda.

Saturday, March 6, 2010

chocoholic ♥: ok,aku biseksual..so what?!!#links#links#links

chocoholic ♥: ok,aku biseksual..so what?!!#links#links#links

Mabukkah adikku ini??Atau dia sudah terkena ubat guna-guna..dia bercakap yang bukan-bukan..tolong!!!

Sabda Nabi 2

Daripada Ibnu Mas'ud r.a berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda;

"Tidak halal darah seorang Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah kecuali disebabkan 3 perkara : (1) Janda yang berzina (2) jiwa dengan jiwa dan (3) orang yang meninggalkan agamanya yang memisahlan diri daripada jemaah."

Seseorang yang telah bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah bererti telah berikrar akan kewujudan dan keesaan Allah dan membenarkan kenabian Rasulullah s.a.w sebagai penutup para nabi dan risalahnya diiktiraf.
Dengan ikrar ini bermakna dia telah menjaga dan memelihara darah dan jiwa kehidupannya. Tidak ada sesiapapun hatta dirinya sendiri boleh menumpahkan darah atau membunuhnya.

Deklarasi ini kekal ,tidak boleh dirampas atau dihilangkan kecuali apabila dia melakukan salah satu 'jenayah' berikut:

1 Membunuh dengan sengaja tanpa hak
2 Berzina setelah berkahwin
3 Murtad

Cakap 'Siang' pandang-pandang!!

Terkejut saya bila mendengar kata-kata seorang pemimpin pembangkang yang datang ke KK baru-baru ni.Konon hendak menyambut Tahun Baru Cina tapi sempat juga dia menyuntik 'racun' politiknya di sini.
Apa katanya tu? Orang Kadazan-Dusun-Murut-(KDM) adalah 'the biggest loser' di negeri ini. Excuse me!! Cakap baik-baik sikit ya,macamlah kau tu expert sangat tentang kehidupan kami di sini! Berapa lama engkau tinggal di negeri ni hingga begitu 'arif' hal ehwal di sini?

Bagaimana jika ada pemimpin dari sebelah sini datang ke Pulau Pinang dan cakap yang orang Melayu ketika ini adalah 'the biggest loser'?Do you like it?Saya ni bukan dari suku KDM,tapi sebagai warga negeri ini ingin menjelaskan bahawa semua suku kaum di sini mendapat bahagian yang sama rata dalam semua aspek pembangunan. Malah,ibu kepada Ketua Menteri Sabah juga berketurunan dusun.
So, kalau datang ke tempat orang tu,adab sopan kena jaga.Jangan cakap yang bukan-bukan. Mulut jangan celupar. Saya ni sebenarnya malas bercakap pasal politik. Tapi mengingatkan perangai dia ni yang keterlaluan eiii..bikin panas!

Tuesday, March 2, 2010

Liwat & Pendidikan sekX 2

Membaca surat khabar pagi ni,3 buah artikel merik perhatian saya.
Tentang 'survey' yang dijalankan dikalangan wanita Malaysia, perihal 2 orang gadis di Terengganu dan ragam manusia terlanjur di Sydney Opera House.

The Kotex Bodylife IQ telah menjalankan survey dikalangan 1,800 wanita berumur antara 16 hingga 24 tahun di Malaysia. Apakah hasilnya? Hanya 3% yang tahu atau mampu menjawab soalan-soalan tentang tubuh badan mereka,87% tidak dapat membezakan antara fakta & mitos tentang kewanitaan.56% pula percaya mengadakan hubungan seks semasa menstruasi tidak boleh menyebabkan kehamilan.

Kesimpulannya, kata jurucakap survey,meskipun wanita Malaysia kelihatan sofistikated dan berpelajaran tinggi ,yang dibandarlah agaknya, pengetahuan asas tentang kewanitaan tidak diambil penekanan(ignorant-kata orang putih)

Kenapa hal ini berlaku? survey itu mengenal pasti 3 kunci utama iaitu kurang pendidikan, halangan adat dan salah maklumat.Ketiga-tiga faktor ini telah menyebabkan jurang yang cukup besar dalam soal pengetahuan hal-hal yang berkenaan.

Di Terengganu pula,2 orang gadis mengaku mempunyai 20 orang 'partners' dan juga terlibat dalam 'drug abuse' dan merokok. Ketika cuba ditahan,dua gadis ini memang 'berani gila'. Mereka cuba merempuh 'roadblock' dengan memecut laju motorsikal mereka. Ada komen?
Gadis berusia antara 15 dan 16 tahun ini adalah 'dropouts' dan ketika ditahan mereka sedang menunggang motorsikal dengan 4 lagi lelaki lain yang berusia 19 hingga 23 tahun.

Ambil gambar ramai-ramai. Bogel!!. Itulah yang dilakukan oleh lebih 5,000 orang (orangkah ni?) lelaki dan wanita di pagi yang dingin di hadapan Sydney Opera House. Kalau lembu tengok, pasti diaorang geleng kepala. Acara yang terlanjur ini dilakukan bersempena acara Gay And Lesbian Mardi Gras Parade di Sydney Australia. Ianya dinobatkan sebagai pesta & perarakan golongan 'jahiliah' yang terbesar di dunia. Kononnya ini adalah melambangkan kebebasan dan persamaan hak yang cuba disampaikan kepada dunia.

Dapat kita ambil iktibar di sini betapa pendidikan seks yang berlandaskan agama begitu 'crucial' dalam menangani isu-isu sebegini.Pendidikan seks bukan bermakna untuk menggalakkan hubungan seks tapi ianya sebagai satu langkah agar anak-anak kita tahu batas-batasnya dalam hubungan sesama manusia.To draw the line.Mungkin ramai dikalangan lkta sudah keliru dengan batas dan sempadan tersebut kerana ianya berbeza antara batas di negara-negara barat dan dunia sebelah sini. Oleh itu,langkah proaktif perlu diambil segera dalam meng'kakii' hal ini.
Newer Posts Older Posts Home