Monday, March 22, 2010

Berapa engkau jual Beras Nasional tu..RM20!!!???


Malam tadi bila tiba di rumah sekitar jam 7.30 malam,saya disambut 'mesra' oleh isteri. 'Mana Milo..? Mana roti..???' Aduh! terlupa pulak membeli apa yang dipesannya. Tak apa..lepas dinner saya pergi beli..pujuk saya dengan senyuman 'bodoh'.


Sekitar jam 8.00 malam, saya pun terus memandu ke arah kawasan rumah pangsa Taman Telipok Ria,lebih kurang 1 kilometer dari rumah. Ahhh..ada dua buah kedai yang masih buka,yang sebuah lagi sudahpun ditutup.Di depan kedai yang gelap tu berdiri seorang apek dengan jualan rotinya. Tapi ,sorry pek,hari ni saya masuk kedai beli rotilah.


Ketika hendak membayar harga roti dan Milo,masuk seorang wanita Dusun. 'Berapa harga Beras Nasional ni?'tanyanya kepada cashier warga Pakistan tu. 'RM20',jawabnya selamba.

'Apa? RM20??', sampuk saya kepadanya. ''Engkau jangan main-main,bukan RM18 kah?' Cashier tu diam sahaja..berjerebu fikirannya barangkali bila saya menerjah. Wanita Dusun itu memandang saya mengharapkan pembelaan. Selepas mendapat baki, sayapun beredar mengingatkan anak-anak yang sedang menunggu di dalam kereta.

Dalam perjalanan pulang, saya teringat-ingat tentang Beras Nasional tu. Kali terakhir saya membelinya ialah setahun yang lepas. Bukan senang nak dapat ni.Saya pun berpatah balik. Kalau betul dia menjual pada harga RM20.00 saya akan minta resit dan buat aduan.

Dalam jarak 20 meter dari kedai tu, saya terserempak dengan wanita Dusun tadi tu.

'Berapa dia charge?'

'RM19', jawabnya dengan muka yang moyok.

Kurang asam! Berani dia jual lebih dari harga yang sepatutnya!

Masuk ke dalam kedai, saya pun berkata 'Berapa harga beras tu?' sambil menunjuk ke arah Beras Nasional berkampit biru yang tinggal dua sahaja lagi. Cashier tu hanya tunduk diam. Saya tanya lagi.

'Berapa harga beras tu???'.

'Tanya bos',jawabnya serba salah.

Tiba-tiba muncul seorang dari kedai sebelah,warga Pakistan juga dalam lingkungan awal 20an.

'RM18.00 lah bos, tu ada harga ditulis,'

'RM18? Tadi dia cakap RM20.00.',

'Tidak, dia salah tu...dia tidak tau apa..itu RM20.00 untuk harga beras yang lagi satu..,'

'Habis ,kenapa dia cakap Beras Nasional ni RM20 pada perempuan tadi tu?',tanya saya lagi

'RM18.00 lah bos..', jawabnya pendek untuk menamatkan isu.

'ok..saya ingat bagus engkau tukar cashier dengan pekerja engkau ni..', ujar saya sambil menunjuk ke arah seorang pekerjanya yang bawah umur.

'Tak bolehlah bos,ini kena handle cash,'

'Habis,engkau cakap cashier engkau ni tidak tahu apa-apa,might as well budak tu yang jadi cashier..,' tersengih pekerjanya yang dibawah umur tu mendengar jawapan saya.

Setelah membayar harga beras,saya pun berlalu pergi, sempat jugak bosnya berterima kasih sambil menepuk lengan saya. Ohh, playing buddy-buddy with me ya!! Harap ini dapat memberikan pengajaran kepada mereka. Jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga lebih-lebih lagi 'controlled items'.

Nota: Kedai ini terletak di dalam kawasan rumah pangsa Taman Telipok Ria. Kawasan perumahan PPR yang diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan. Untuk mendapat tempat tinggal di sini bukan senang ,kena 'apply dari mereka. Hingga hari ini ,saya musykil bagaimana warga asing boleh berniaga di sini sudah lebih setahun.Takkan pihak berkuasa tempatan mengutamakan warga asing berbanding warga tempatan.






No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home