Tuesday, December 14, 2010

Kelapa Sawit & Unit Trust



Tentu anda akan bertanya, apakah kaitannya kelapa sawit dengan unit trust? Sebagaimana yang kita maklum,penanam atau pemilik kelapa sawit ketika ini menikmati habuan yang selama ini mereka usahakan. Ramai yang menjadi kaya raya ketika kenaikan harga sawit baru-baru ini. Bahkan ada yang menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Akan tetapi, sedarkah kita bahawa sebelum mengecapi hasilnya kini, banyak wang ringgit dan tenaga terpaksa dikorbankan?
Bukan sahaja tanah perlu dibersihkan,baja dan racun perlu juga dibeli. Ini belum dikira bibit sawit yang pada bila-bila masa boleh dicuri.Tiga tahun pertama amatlah kritikal. Di sinilah tahap kesabaran penanam atau peneroka teruji.Silap haribulan, boleh patah semangat jadinya.

Tahun ke tiga, hasil sudah mula kelihatan. Namun, buah yang diperolehi ketika ini agak kurang berkualiti. 'Buah monyet' dipanggil orang. Penanam atau peneroka kena membuat kerja lain terlebih dahulu. Ladang perlu terus dijaga.Baja harus terus ditabur. Rumput lalang kena terus diracun. Bayangkan jika harga sawit jatuh merudum pada waktu itu? Adakah anda sebagai penanam atau peneroka akan mencabut anak-anak sawit tersebut?Tentu tidak bukan?

Begitulah halnya apabila kita melabur ke dalam saham amanah. Ibarat kita bertanam kelapa sawit...kena ada kesabaran sebelum menikmati hasilnya.Apa yang kita perlu lakukan adalah terus menambah pelaburan. Selama mana kita melabur bergantung pada diri kita sendiri. Akan tetapi adalah lebih baik jika kita melabur untuk jangka panjang. Segala urusan biarlah kita serahkan kepada 'pengurus ladang' kita iaitu para pengurus dana yang profesional dan berkelayakan tinggi.Mereka lebih arif dalam bidang ini.Selamat 'berladang'.

p.s- Bulan lepas, seorang pemilik ladang dari Sandakan telah melabur ke dalam salah satu tabung saham amanah sebanyak RM10 juta. Ditanya kenapa dia melabur sebanyak itu? Katanya dia dapat melihat persamaan ketara antara menanam kelapa sawit dengan melabur saham amanah.Renung-renungkan..

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home