Friday, February 26, 2010

Sabda Nabi

Salam buat semua...Hari ini adalah hari yang besar buat kita umat Islam.
Maulidurasul disambut di seluruh negara bermula petang semalam.Bacaan yassin & tahlil memenuhi ruang setiap pelusuk masjid dan surau.Selepas solat Isyak kenduri kecil diadakan. Berbagai juadah dapat kita lihat dan rasa,hasil sedekah para jemaah.

Hari ini , acara perarakan dapat kita sertai bersama. Tidak kira tua atau muda,pangkat dan darjat, semua bersama-sama menghayati gari yang mulia ini.

Kebetulan hari ini hari Jumaat, Alhamdulillah saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Sabah. Di ruang utama sesak dengan para jemaah.Maklumlah , ada 'aircon'kan ditambah dengan cuaca yang panas, biarlah berhimpit-himpit.Sabar jak lah...cubaan..
Solat jumaat hari ini tidak seperti biasa. Khutbah disampaikan oleh ustaz yang tidak asing lagi,Ustaz Farid Ravi.Aiseyman,saya cuba mengambil gambar tapi terlalu jauh.
Dia bercerita tentang Abu Yazid Al Bistami yang berdialog dengan Nasrani di gereja mereka. Cukup menarik khutbahnya.

Sempena Maulidurasul hari ini, izinkan saya berkongsi sebuah hadis :
"Daripada Abu Hurairah ra,beliau berkata:"Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Setiap sendi manusia wajib bersedekah pada setiap hari,kamu berlaku adil terhadap dua orang berkelahi adalah sedekah,kamu menolong lelaki pada tunggangannya iaitu dengan menolongnya menaiki tunggangannya atau kamu menolong mengangkat barang-barangnya ke atas tunggangannya adalah sedekah,setiap kalimah yang baik adalah sedekah,setiap langkah kamu berjalan untuk bersolat adalah sedekah dan kamu membuang sesuatu yang menyakiti di jalan juga adalah sedekah."(Riwayat Bukhari & Muslim)

Cantik bukan,indahnya Islam, betapa kita tidak memerlukan wang ringgit untuk bersedekah.
Melakukan perkara-perkara di atas sudah dikira sedekah apatah lagi lebih daripada itu.Marilah kita renungkan bersama hadis tersebut dan dapat mengambil iktibar daripadanya.Semoga kita tidak berlaku zalim ke atas dua orang yang berkelahi, menolong orang menaiki kereta ataupun bas,,menolong mangangkat barang-barang orang lain,bercakap yang baik-baik , rajin bersolat di masjid dan jangan membuang sampah sembarangan;terutama yang tinggal di flat.wasalam.

1 comment:

Newer Post Older Post Home