Sunday, November 14, 2010

SBP hanya untuk orang miskin?

Kenyataan Timb PM bahawa mulai tahun depan SBP akan hanya mengambil pelajar cemerlang dari golongan miskin memang menepati sasaran asal penubuhan SBP. Bermakna matlamat asal sudah tersasar. Bagaimanapun dengan hanya mengambil pelajar dari golongan tertentu tidak akan dapat membantu dalam konteks sosial masyarakat Malaysia. Untuk jangkamasa panjang, ia tidak akan dapat membantu pelajar itu sendiri. Baik golongan miskin dan kaya perlu berganding bahu dalam membangunkan negara ini. Pelajar-pelajar dari kedua -dua golongan ini perlu berinteraksi dengan baik agar tidak wujud sifat sombong, dendam dan irihati antara mereka.
Negara kita sudah wujud terlalu banyak jurang sosial-Melayu, Cina ,India, Bumiputra Islam,bumiputra bukan Islam.Tak kan kita mahu melihat pelajar kita belajar mencipta jurang baru antara satu sama lain. Secara realiti , masyarakat Malaysia tidak semua yang miskin. Dan tidak semua yang kaya raya. Apabila mereka melangkah ke alam universiti kelak,mereka akan berdepan dengan pelbagai golongan dan kelas sosial. Maka akan timbullah kejutan budaya yang ketara.
Secara realiti,seseorang itu tidak akan diambil bekerja hanya kerana mereka miskin ataupun kaya. Mereka akan dinilai mengikut pencapaian akademik masing-masing. Baik pelajar miskin mahupun yang kaya.Di alam pekerjaan interaksi antara pelbagai kelas masyarakat tidak dapat dielakkan. Apabila mereka sudah biasa bergaul sejak peringkat sekolah lagi,hal ini 'kira kacanglah'.
Banyak yang pelajar miskin boleh pelajari dari pelajar yang kaya dan begitu juga sebaliknya.Janji pelajar-pelajar ini adalah pelajar cemerlang dalam pelajaran.Saya percaya secara tidak sedar mereka akan membentuk satu kontrak sosial yang dapat memberi kesan positif demi kecemerlangan diri masing-masing.
Diharapkan kerajaan dapat memberi peluang kepada semua -golongan miskin,pertengahan , kaya. Semua adalah rakyat Malaysia yang berhak didahulukan demi pencapaian yang kita utamakan.

1 comment:

  1. saya setuju. SBP adalah tempat dimana pelajar2x didedahkan dengan environment baru. mereka perlu bergaul dengan semua orang. saya sendiri bekas pelajar sbp mempunyai ramai rakan yang mempunyai latar belakang yang berbeza.


    My latest entry : Trailer Filem Terbaru Sam Shaheizy, Kongsi

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home